Rumah rosak dirempuh lori treler bawa muatan tujuh kereta terbabas

RANAU – Sebuah rumah mengalami kerosakan setelah dirempuh lori treler membawa muatan tujuh buah kereta yang terbabas di Kampung Nobutan, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 11.46 pagi.

Katanya, anggota bomba tiba ke lokasi kejadian pada pukul 12.23 tengah hari mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori treler yang membawa tujuh buah kereta jenis Proton Saga.

“Lori tersebut, terbabas sendiri di jalan Ranau-Sandakan, lalu terjunam dari ketinggian 50 kaki dan turut menyebabkan kerosakan kepada sebuah rumah akibat dihempap pokok.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu, termasuk pemandu lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 12.50 tengah hari selepas dipastikan tiada lagi bahaya.

“Sebelum itu, seramai enam anggota bomba digerakkan ke lokasi bersama jentera penyelamat dalam jarak 30 kilometer.

“Operasi berkenaan turut dibantu oleh tiga pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok