PM sasar 500 sekolah angkat, tambah baik institusi pendidikan negara

KERAJAAN menetapkan sasaran sebanyak 500 buah untuk dijadikan sekolah angkat di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan korporat bagi membangunkan institusi pendidikan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kabinet bahawa 20 sekolah telah pun menjadi anak angkat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Inisiatif itu akan diselia oleh Kementerian Pendidikan (KPM), yang akan memudahkan usaha penyelarasan.

“Perdana Menteri menyentuh mengenai cadangan konsep sekolah angkat yang disebutnya pada satu majlis minggu lalu dan Perdana Menteri menegaskan bahawa angka sasaran ialah sekitar 500 sekolah.

“Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa 20 sekolah sudah diambil sebagai sekolah angkat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Syarikat swasta yang berminat untuk mengambil sekolah angkat boleh berhubung dengan KPM,” kata Fahmi ketika sidang media mingguan di Putrajaya, pada Rabu.

Pada 12 Mac lalu, Perdana Menteri menyarankan agar syarikat korporat dan GLC melaksanakan inisiatif sekolah angkat bagi membantu membangunkan sekolah-sekolah di seluruh negara.

Anwar berkata, menerusi inisiatif itu, kerajaan boleh memberi tumpuan kepada keutamaan lain, seperti membina sekolah baharu, menambah baik hospital, dan menyiapkan projek tebatan banjir.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok