PRN17 Sabah: Rundingan kerusi dan gabungan pastikan Sabah maju, membangun Malaysia MADANI

TAWAU – Formula agihan kerusi melibatkan Pakatan Harapan dan Gabungan Rakyat Sabah menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan memastikan Sabah terus maju dan bersama membangun Malaysia MADANI.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, perundingan terbaik akan dilakukan untuk rakyat Sabah memandangkan hubungan baik Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan menatijahkan hasil yang baik untuk rakyat negeri ini.

Beliau berkata, dalam melakukan perundingan akan melibatkan pimpinan tertinggi PKR serta menghormati pandangan akar umbi yang akan membantu kesepakatan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Sebelum PRN kita lihat pembahagian kerusi ada asas-asas tertentu antaranya kerusi dimenangi suatu parti, akan terus bertanding di kawasan itu tapi ada juga berlaku perundingan kerusi dimenangi itu diberi pada parti lain untuk ditandingi.

“Saya percaya akan ada pasukan perunding dan formula perundingan untuk mencari penyelesaian tuntas dalam kita siapkan satu pasukan yang kuat untuk kita hidangkan pada rakyat Sabah, inilah pasukan yang akan mmimpin dan menerajui kerajaan negeri dan akan kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan untuk manfaat rakyat.

“Saya juga percaya orang Sabah sangat cerdik dalam politik, mereka tahu apa mereka mahu oleh itu kita sama-sama letakkan kepercayaan pada kepimpinan untuk melakukan perundingan,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Iman Kampung Tass Andrassy di sini pada Khamis.

Mengenai dakwaan beberapa kepimpinan PKR Sabah menentukan sendiri gabungan menjelang PRN akan datang, Shamsul berpendapat autonomi itu menunjukkan kepelbagaian politik memberi peluang pada Sabah menguruskan parti.

“PKR ini parti lama sejak 1999 bertapak di Sabah dan kita tahu di Sabah pimpinan PKR tak pernah dari Semenanjung dan tidak timbul parti ini parti Semenanjung dan tidak boleh diberi sokongan oleh rakyat Sabah.

“Malah, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun melancarkan jentera PKR di Sabah, kita lihat hampir 20,000 hadir menunjukkan bahawa orang Sabah kasih serta sayang pada Presiden PKR.

“Justeru, semangat autonomi ni pada saya, urusan parti PKR secara tersendiri kerana mereka mempunyai jawatankuasa di peringkat negeri, peringkat cabang dan lain-lain,” ujarnya.

Pada program itu, Masjid Al-Iman menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Perdana Menteri.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM