PRK Ayer Kuning: BN perkemas jentera, kelemahan di pihak lawan jadi bonus – Saarani

TAPAH – Isu terkini yang sedang berlaku di pihak lawan (pembangkang) ketika ini menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak diambil pusing oleh Barisan Nasional (BN), sebaliknya ia disifatkan satu bonus atau kelebihan kepada parti.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kepentingan sekarang adalah memperkemaskan jentera dan menyusun gerak kerja dalam menghadapi PRK DUN Ayer Kuning pada April nanti.

“Kita buat kerja kita, kita perkemaskan kerja kita. Sesiapa pun jadi Ketua Pembangkang, jadi Pesuruhjaya Pas, itu semua tidak memberi kesan kepada BN.

“…kerana paling penting, jentera BN mestilah memperkemaskan diri masing-masing dan kita buat kerja kita. Jika ada berlaku kelemahan di peringkat lawan, itu adalah bonus kepada kita (BN),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Santunan Kasih Kerajaan Negeri Perak Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Dewan Serbaguna Ayer Kuning, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Pada program itu, seramai 300 ketua isi rumah (KIR) dalam kalangan penerima bantuan kewangan JKM Daerah Batang Padang terutama dalam kawasan DUN Ayer Kuning menerima sumbangan bakul makanan masing-masing.

Saarani berkata, berdasarkan data penerima bantuan JKM pada Februari tahun ini, seramai 52,057 orang yang menerima manfaat daripada semua skim bantuan bulanan JKM sama ada skim bantuan persekutuan mahu pun negeri.

Ujar beliau, daripada jumlah tersebut seramai 3,010 atau 5.8 peratus adalah daripada daerah Batang Padang.

Terdahulu, beliau diminta mengulas berkaitan isu kepimpinan beberapa parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) di negeri Perak mutakhir ini.

Media sebelum ini, pada 1 Mac melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria direhatkan daripada menjalankan tugas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Biarpun tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu, namun berdasarkan ucapan Ramadan di Facebook rasmi milik Razman, tiada jawatan ‘Pesuruhjaya Pas Perak’ diletakkan dalam kandungan poster ucapan itu.

Malah, terbaharu, kelibat beliau juga tidak kelihatan ketika Majlis Pelancaran Jentera PN PRK DUN Ayer Kuning bertempat di Padang Awam Tapah Road pada 15 Mac lalu.

Dipercayai jawatan Pesuruhjaya Pas Perak kini dipangku Naib Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Sementara itu, pada 10 Mac, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dilaporkan telah melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Bersatu Perak.

Tindakan meletakkan jawatan itu, menurut Zainol Fadzi kepada media, dibuat pada November tahun lalu selepas beliau memenangi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak