Kemalangan dua treler, dua beranak maut rentung

TAPAH – Dua beranak maut akibat rentung setelah treler muatan pasir melanggar sebuah treler muatan kapas di kilometer (km) 331.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, pagi Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu dan kelindan treler muatan pasir itu masing-masing berumur lingkungan 40 tahun dan 20-an.

Jelasnya, maklumat awal kedua-dua mangsa mempunyai hubungan anak beranak.

“Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 7.46 pagi tadi berhubung kejadian itu.

“Anggota dari Balai Bomba dan dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Bidor diatur gerak ke lokasi.

“Sejurus sampai, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah treler muatan pasir yang berlanggar bahagian belakang sebuah treler muatan kapas,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, maklumat dari ketua operasi terdapat seorang mangsa ditemui mati terbakar iaitu pemandu treler muatan pasir.

“Manakala seorang lagi mangsa iaitu anak pemandu ditemui tersepit di bawah kepala treler.

“Mangsa juga didapati mati terbakar dan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat,” ujarnya.

Kes diserahkan kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.

Sebelum itu, tular di media sosial video pendek berkaitan kejadian maut itu menyaksikan dua buah treler terbakar di tepi bahu jalan dipercayai berhampiran Lebuh Raya PLUS.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak