Budaya baca al-Quran bentuk masyarakat ilmiah, perangi jahiliyah – Japri

KUCHING – Budaya membaca al-Quran bukan sahaja membentuk masyarakat ilmiah, tetapi memerangi kejahilian dalam kalangan masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Japri Bujang Masli, wahyu pertama al-Quran iaitu ‘Iqra’ menyeru masyarakat untuk membaca.

“Melalui membudayakan membaca atau ‘Iqra’, kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada agama, tetapi menjadikan masyarakat yang berilmu pengetahuan,” ujar Japri.

Tambah Japri, masyarakat yang mudah tertipu kerana sifat yang jahil ada dalam diri mereka.

“Maka kita menggalakkan masyarakat untuk membaca supaya dapat menjadikan masyarakat yang berilmu dan berilmiah berdasarkan perintah wahyu pertama al-Quran iaitu ‘Iqra’,” kata Japri lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah oleh media selepas merasmikan Majlis Khatamal al-Quran anjuran Kelab Literasi Warga Emas di Pustaka Negeri Sarawak pada Selasa.

Japri berkata memerangi kejahilan sangat penting kerana masyarakat yang jahil mudah tertipu disebabkan kekurangan ilmu.

“Oleh itu, pihak Pustaka Negeri mahu membentuk masyarakat Sarawak yang kaya dengan ilmu pengetahuan,” ujar Japri.

Tambah Japri, ilmu bukan hanya terhad kepada sesuatu bidang tetapi mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan.

“Kalau kita tidak tahu banyak ilmu, kita mungkin hanya terhad kepada satu bidang. Mungkin disebabkan itu, ramai tertipu dengan scam atau berbagai-bagai tipu daya,” jelas beliau lagi.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak