Puting beliung rosakkan tiga rumah di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN – Fenomena puting beliung menyebabkan kerosakan tiga buah rumah atas air di Kampung Sim-Sim, di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, rumah di Lot 87, Lot 79A Jambatan 5 dan Lot 65 Jambatan 4 terjejas pada bahagian atap rumah, kaki lima dan bahagian dapur.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan dalam kenyataan berkata, sebaik mendapat maklumat, pihaknya bergegas ke lokasi bagi pemantauan segera.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun kerosakan harta benda akibat puting beliung adalah ketara,” kata kenyataan itu.

APM kemudian memberi saranan agar kesemua mangsa terlibat berpindah ke runah keluarga terdekat dalam memastikan keselamatan mereka terjamin.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok