Jangan biarkan media sosial tentukan masa depan negara – Ismail

IPOH – Anak-anak muda sekarang diingatkan agar tidak menjadikan medium media sosial sebagai panduan dalam menentukan masa depan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, rakyat terutamanya generasi muda sekarang dilihat tiada rasa kasih kepada negara.

Ujarnya, selain kenaifan tentang sejarah pembentukan negara, golongan ini lebih memilih mengikut sentimen dan emosi.

“Rakyat perlu disedarkan pentingnya taat setia kepada negara. Mutakhir ini, saya melihat generasi muda sekarang tiada rasa kasih kepada negara.

“Kita sudah beri hak pada usia 18 tahun untuk memilih kerajaan, namun akhirnya mereka memilih mengikut sentimen dan emosi.

“Bahasa orang muda sekarang, memilih ikut TikTok. Tidak bolehlah macam itu. Takkan kita nak biarkan TikTok tentukan masa depan negara,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas berucap pada Program Ihya’ Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di pekarangan Masjid Jamek Kampung Dato’ Said Tambahan 3, Manjoi, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad; Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti, Suwadi Guliling; Pengerusi Masjid Jamek Kampung Dato’ Ahmad Said, Zainodin Mohd Yatim dan kepimpinan JKOM pusat serta negeri.

Dalam program tersebut, kira-kira 270 tetamu diraikan dan JKOM turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa asnaf terpilih selain meraikan anak-anak pusat tahfiz.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, sosial media sangat dominan dalam membentuk persepsi orang dan sekiranya tiada yang menjelaskan terutama berkaitan dasar Kerajaan MADANI hari ini, ia boleh dimanipulasikan.

“Itu yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Ia menyebabkan kestabilan politik dan keharmonian rakyat terganggu.

“Ini bukan sahaja tanggungjawab Perdana Menteri ke-10 sahaja, bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi tanggungjawab rakyat juga,” katanya.

Justeru itu, jelas beliau, sebagai jabatan kerajaan yang menumpukan kepada sosio politik akar umbi komuniti, tiga teras utama ditekankan dalam konsep keharmonian dan saling menghormati.

Pertama, taat setia kepada negara, kedua membangunkan Malaysia MADANI dengan mengangkat harakat darjat manusia dalam membina tamadun bangsa dan ketiga menjadikan Malaysia MADANI sebagai satu gerakan rakyat untuk membangun negara bangsa.

“Kalau kita faham maksud ini, saya fikir membangun Malaysia MADANI ini bukan lagi menjadi slogan kepada kerajaan tetapi akan menjadi satu gerakan rakyat,” tambah beliau.

Related Posts

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

PUTRAJAYA – Usaha pencegahan awal rasuah perlu diperkukuh dengan mengenal pasti serta menangani kelemahan yang berpotensi membuka ruang terhadap amalan tidak beretika itu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di seluruh negara bagi tempoh 2010 hingga Julai lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu