JKOM terus perkasa peranan penyebar maklumat dasar kerajaan

SEBAGAI antara agensi di bawah Kementerian Komunikasi, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terus memperkasakan peranan dalam menyebarkan maklumat terutama berhubung dasar kerajaan hari ini.

Ketua Pengarah JKOM, Datuk Ismail Yusop berkata, tiga teras ditekankan dan diberi keutamaan sebagai agensi sosial politik yang menjaga, menyampaikan maklumat serta menerangkan tentang dasar-dasar kerajaan kepada komuniti.

Jelasnya, JKOM lebih menekankan taat setia kepada negara, membangun Malaysia MADANI dengan mengangkat harakat darjat manusia dalam membina tamadun bangsa dan menjadikan Malaysia MADANI sebagai satu gerakan rakyat untuk membangun negara bangsa.

“JKOM ini ada punca kuasanya. Iaitu menjadi tanggungjawab untuk menjaga kedaulatan kerajaan ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Itu sangat jelas.

“Maknanya bagi kita, isu keselamatan, isu kedaulatan negara, isu keharmonian hidup, itu semua jadi tanggungjawab kita.

“Bagi melaksanakan itu, JKOM secara spesefik dalam konteks sosio politik akar umbi komuniti,” katanya ketika berucap pada perasmian Program Ihya’ Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di Kampung Dato’ Said Tambahan 3, Manjoi, Ipoh.

Tegas beliau, JKOM adalah agensi kerajaan dan bukan agensi parti politik.

“Sekarang ini berlaku liberalisasi maklumat apabila media sosial menjadi dominan. Ia membentuk persepsi masyarakat dan sekiranya tiada agensi yang turun memberikan maklumat betul ia akan dimanipulasikan.

“Itu yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Ia boleh menyebabkan kestabilan politik dan keharmonian rakyat terganggu.

“Ini bukan tanggungjawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, bukan juga kerajaan tetapi rakyat juga perlu bertanggungjawab. Hari ini bagi saya, taat setia itu kita mahu uar-uarkan,” jelas Ismail.

Justeru, menjadi peranan pihak JKOM menjelaskan kepada komuniti dengan menggunakan tiga pendekatan tersebut.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, kita kena menentukan hala tuju negara.

“Kita hendak bina sebuah negara yang merdeka, bermaruah, berdaulat dan bertamadun. Bahkan membangunkan Malaysia MADANI telah disebut 67 tahun lalu oleh Almarhum Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman sewaktu ucapan kemerdekaan pada 1957.

“Tamadun itu maksudnya membina warganya dari segi pemikirannya, kerohaniannya, peribadinya dan akhlaknya,” ujarnya.

Program Ihya’ Ramadan Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja melibatkan enam zon di seluruh negara.

Dua program telah berjaya dilaksanakan di dua zon iaitu Zon Utara (Alor Setar, Kedah) dan Zon Tengah (Ipoh, Perak).

Manakala empat zon lagi bakal diadakan melibatkan Zon Selatan (Muar, Johor); Zon Timur (Temerloh, Pahang); Sabah dan seterusnya di Sarawak.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam