Cadangan gencatan senjata selama 50 hari di Gaza sedang dirunding

GAZA – Utusan Amerika Syarikat ke Timur Tengah, Steve Witkoff, telah mengemukakan cadangan terkini untuk melanjutkan gencatan senjata di Semenanjung Gaza selama 50 hari, menurut laporan The Jerusalem Post pada Khamis.

Menurut pelan tersebut, Hamas akan membebaskan kira-kira lima tebusan yang masih hidup serta mayat tebusan yang telah meninggal dunia. Sebagai balasan, Israel akan bersetuju dengan gencatan senjata selama 50 hari, bermula 1 Mac.

“Satu rangka kerja baharu untuk cadangan gencatan senjata dan pembebasan tebusan kini berada di atas meja,” kata akhbar itu, memetik sumber tanpa nama selepas lawatan Witkoff ke Qatar.

Menurut pelan tersebut, Hamas akan membebaskan kira-kira lima tebusan yang masih hidup serta mayat tebusan yang telah meninggal dunia. Sebagai balasan, Israel akan bersetuju dengan gencatan senjata selama 50 hari, bermula 1 Mac dan rundingan akan diteruskan bagi membincangkan kemungkinan lanjutan tambahan.

Sumber itu turut menyatakan bahawa kehadiran berterusan pasukan perunding di Qatar merupakan petanda positif bagi kemajuan rundingan.

Sementara itu, laman berita Amerika Syarikat, Axios, yang memetik empat sumber tanpa nama, melaporkan bahawa Witkoff telah mengemukakan cadangan terkini itu pada Rabu di ibu negara Qatar, yang turut merangkumi penyambungan semula bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Cadangan itu dikatakan akan melanjutkan gencatan senjata sehingga 20 April, dengan ‘respons positif daripada Israel malah para perantara juga telah bertemu pegawai Hamas di Doha untuk membentangkan cadangan tersebut, namun Witkoff sendiri tidak bertemu dengan mana-mana pegawai Hamas, menurut Axios.

Butiran cadangan tersebut merangkumi tiga perkara iaitu, Hamas akan membebaskan sekurang-kurangnya lima tebusan yang masih hidup dan kira-kira sembilan mayat pada hari pertama.

Yang kedua, jika perjanjian jangka panjang dicapai, baki tebusan akan dibebaskan pada hari terakhir tempoh gencatan senjata, sebelum satu perjanjian damai jangka panjang dilaksanakan.

Selain itu, Israel dan Hamas juga akan menggunakan tempoh lanjutan ini untuk merundingkan satu gencatan senjata jangka panjang.

Menurut sumber, para perantara kini sedang menunggu respons daripada Hamas malah tiada maklum balas lanjut daripada Jurucakap Witkoff tentang perkara tersebut.

Hamas pada Khamis mengumumkan bahawa mereka telah menyambung semula rundingan dengan perantara Qatar dan Mesir di Doha.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, menyatakan bahawa pihaknya mendekati rundingan dengan sikap positif dan bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan semua fasa gencatan senjata, penarikan keluar tentera Israel, serta pemulihan semula Gaza.

Saluran penyiaran awam Israel, KAN, melaporkan pada Rabu bahawa suasana positif menyelubungi rundingan di Doha di mana delegasi Israel yang tiba pada Isnin telah melanjutkan tempoh rundingan mereka bagi meneruskan usaha gencatan senjata, walaupun sebelum ini kerajaan Israel keberatan untuk mematuhi perjanjian tersebut manakala Witkoff tiba di Qatar pada hari Selasa untuk menyertai perbincangan tersebut.

Fasa pertama gencatan senjata selama 42 hari, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian tiga fasa, telah berakhir pada awal Mac, namun, Israel enggan beralih ke fasa kedua, sebaliknya memilih untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata bagi memastikan lebih ramai tebusan dibebaskan tanpa memenuhi sebarang tuntutan ketenteraan atau kemanusiaan, langkah yang dilihat sebagai usaha untuk meredakan tekanan daripada golongan keras dalam kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Sebaliknya, Hamas bertegas agar seluruh perjanjian dilaksanakan sepenuhnya dan menggesa para perantara untuk segera memulakan fasa kedua rundingan.

Gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tebusan yang bermula pada Januari telah menghentikan serangan Israel ke atas Gaza yang telah meragut lebih 48,500 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan kemusnahan besar di wilayah tersebut.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga sedang menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan dengan serangannya ke atas Gaza.

Related Posts

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung