Fairuz persoal tindakan Latheefa Koya bela taikun

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Fairuz Renddan mempersoalkan tindakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang didakwa cuba mempertahankan imej seorang ahli perniagaan, Albert Tei.

Fairuz menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tetap komited memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah tanpa dipengaruhi mana-mana individu atau pihak tertentu.

Beliau turut mempersoalkan perjuangan hak asasi manusia Latheefa bertukar fungsi kepada pembela taikun yang pernah terlibat dalam eksploitasi pekerja asing.

“Tei ini bukan sekadar seorang ahli perniagaan biasa yang dizalimi sistem beliau suda lama terpalit skandal eksploitasi buruh, pemerdagangan manusia dan ugutan terhadap wartawan.

“Laporan penyiasatan dari Tempo dan Malaysiakini pada 2017 membongkar berkenaan lapan agensi pengambilan pekerja asing secara haramnya.

“Lebih mengejutkan ialah bagaimana seorang individu dengan rekod sebegini boleh terlepas daripada hukuman seperti pada 1 Julai 2019, ketika Mahkamah Sesyen Semenyih memberikan Tei pelepasan tanpa pembebasan (DNAA).

“Nota editor Malaysiakini pada 23 Ogos 2023 mengesahkan perkara ini, tetapi tidak ada penjelasan kukuh bagaimana Tei boleh diberikan DNAA.

“Jika mahu keadilan, mengapa Latheefa tidak mendesak siasatan terhadap Tei? Kenapa sibuk mencuci imej individu yang terbukti pernah menganiaya pekerja asing? Lebih logik menyelidik bagaimana Tei yang didakwa terlibat dalam pemerdagangan manusia boleh bebas tanpa hukuman?” soalnya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Fairuz, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor telah mengambil pendirian tegas dengan menolak 21 lesen perlombongan yang dikaitkan dengan kartel Tei.

Katanya, ia bukan keputusan kecil, tetapi satu langkah berani bagi memastikan kepentingan rakyat Sabah didahulukan.

“Kami tidak akan tunduk kepada individu yang mahu menggunakan kekayaan dan pengaruh mereka untuk menekan negeri ini.

“Kami juga tidak akan berdiam diri melihat bagaimana ada pihak luar yang cuba mempertahankan individu yang rekodnya sudah tercalar.

“Sabah bukan tempat untuk perniagaan kotor dan kartel tamak yang mahu memonopoli sumber negeri.

“Jika ada yang cuba menjadikan Sabah sebagai tempat perlindungan untuk mereka yang mempunyai sejarah hitam, mereka silap besar.

“Oleh itu, kepada Latheefa Koya, jika benar anda pejuang hak asasi manusia, carilah keadilan untuk mangsa, bukan untuk individu yang pernah menindas mereka,” katanya.

Ujar beliau lagi, rakyat Sabah tidak akan lupa, dan rakyat Malaysia juga cukup matang untuk menilai siapa sebenarnya yang memperjuangkan keadilan dan siapa yang hanya sekadar bermain politik.

Sehubungan itu, Fairuz berkata, Latheefa perlu memahami bahawa Sabah bukan tempat untuk orang luar datang membuat kacau dan mengganggu kestabilan negeri ini.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM