PDP Dudong raikan Hari Wanita Sedunia dengan 200 kuntum bunga di Sibujaya

SIBU– Suasana di Pasar Ria Sibujaya ceria apabila Parti Demokratik Progresif (PDP) N.52 Dudong mengambil inisiatif menyantuni wanita sempena Hari Wanita Sedunia dengan pemberian 200 kuntum bunga kepada para peniaga dan pengunjung wanita.

Menurut Timbalan Ketua Wanita PDP Sarawak merangkap Ketua Wanita N.52 Dudong, Jenny Liew, ini adalah kali pertama pihak mereka mengadakan aktiviti sebegini sebagai tanda penghargaan kepada wanita di Sibujaya.

“Dengan tema ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’, kami ingin menggalakkan wanita terus berperanan dalam pembangunan negara, institusi kekeluargaan, serta sentiasa cekal dalam menghadapi cabaran kehidupan,” katanya.

Bagi menzahirkan penghargaan itu, Jenny sendiri turun padang menyampaikan bunga kepada para wanita sambil beramah mesra dengan mereka di pasar tersebut.

Seorang peniaga, Rashidah, 37, mengakui dia terharu menerima bunga kerana tidak menyangka ada pihak yang mengingati serta menghargai wanita seperti dirinya.

“Sejujurnya saya tidak sedar hari ini Hari Wanita sehingga menerima bunga ini. Terima kasih kepada pihak PDP kerana membuat saya rasa begitu dihargai hari ini,” katanya.

Sementara itu, Nawai, 51, seorang pengunjung di pasar tersebut, berkongsi perasaan teruja kerana ini adalah kali pertama beliau menerima bunga sempena Hari Wanita.

“Selalunya saya hanya dapat bunga pada hari lahir. Tetapi hari ini, saya menerimanya sebagai tanda penghargaan kepada kaum wanita. Ia sangat istimewa dan menyentuh hati saya,” ujarnya dengan gembira.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi