KKM terus pantau tahap kualiti makanan di bazar Ramadan – Lukanisman

MIRI– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuhkan usaha dalam memastikan keselamatan makanan di bazar Ramadan menerusi Program Walkabout Bazar Ramadan dan Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2025 yang berlangsung di Bazar Ramadan Indoor Stadium Miri, Sarawak.

Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni yang turut meninjau tahap kualiti makanan yang diamalkan oleh para peniaga. 

Inisiatif ini bertujuan memastikan makanan yang dijual adalah bersih, selamat, dan mematuhi peraturan kesihatan yang ditetapkan.

Pada tahun ini, sebanyak 14 bazar Ramadan telah dibuka di seluruh Bahagian Miri, merangkumi 526 gerai yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa. 

Bazar Ramadan Indoor Stadium Miri sahaja menempatkan 113 gerai, yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk makanan bermasak, kuih-muih, serta makanan panggang.

Sebagai langkah memperkukuh kesedaran mengenai keselamatan makanan, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Miri menjalankan tujuh sesi taklimat kepada 526 pengendali makanan bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan keselamatan makanan. 

Tambahan pula, sebanyak 52 premis penyediaan makanan telah diperiksa di Bahagian Miri dengan 17 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Dalam ucapannya, Lukanisman menegaskan KKM akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara berterusan bagi memastikan semua peniaga bazar mematuhi garis panduan keselamatan makanan.

“Saya berharap pengguna dapat mengamalkan prinsip ‘Perhati dan Pilih’, iaitu memilih gerai yang bersih serta memastikan makanan selamat dimakan dengan konsep ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ bagi mengelakkan risiko keracunan makanan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Norrani Eksan; Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Mohd Jeffrey Crossley serta Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Dr P Raviwharmann.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma