Warga emas diseru ambil vaksinasi influenza, elak komplikasi serius – Dr Sim

KUCHING – Warga emas diseru ambil vaksinasi influenza supaya dapat melindungi diri daripada komplikasi serius daripada penyakit tersebut.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian berkata, jangkitan influenza dikatakan mampu menyebabkan maut dalam kes tertentu.

“Oleh itu, saya berharap warga emas mengambil vaksinasi influenza supaya dapat melindungi mereka daripada komplikasi penyakit tersebut,” ujar beliau merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan Kerajaan dan Tempatan Sarawak.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang paksaan kepada warga emas sama ada mahu mengambil vaksin influenza ataupun tidak.

“Walaupun tiada paksaan, warga emas yang mempunyai penyakit berisiko seperti penyakit jantung dan sakit buah pinggang digalakkan mengambil vaksin influenza,” jelas beliau lagi.

Tambah beliau, program vaksinasi influenza diberikan secara percuma pada tahun ini yang mana sebelum ini penerima vaksin tersebut perlu membayarnya.

Beliau berkata demikian ketika berkata kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Porgram Imunisasi Influenza Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak pada Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah berkata, program vaksin influenza percuma untuk warga emas menyasarkan mereka yang mempunyai satu penyakit kronik.

“Program ini merupakan langkah progresif dan signifikan untuk melindungi golongan emas berisiko daripada komplikasi serius akibat influenza,” jelas Dr Veronica.

Tambah Dr Veronica, program ini turut menyasarkan golongan warga emas yang tinggal di fasiliti penjagaan panjang serta bakal jemaah haji berumur 65 tahun ke atas.

“Warga emas mahu mendapatkan vaksin influenza boleh mendaftar aplikasi MySejahtera atau secara berjumpa terus bergantung kepada ketersediaan stok di fasiliti kesihatan,” ujar Dr Veronica.

Dr Veronica menyeru warga emas agar mendapat vaksin influenza kerana ia bukan sahaja melindungi diri tetapi orang tersayang dan masyarakat sekeliling. 

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun