Proses rakam keterangan Ismail Sabri tangguh minggu depan

PUTRAJAYA – Proses rakaman percakapan kali kedua membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya ditangguh kepada 13 Mac.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses rakaman percakapan tidak dapat dilaksanakan dan ditunda ke minggu hadapan susulan faktor kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Beliau berkata, Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM Khamis depan bagi dirakam percakapan berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

“Sepatutnya beliau hadir esok, namun ia tidak dapat dilakukan kerana masih dalam cuti sakit.

“Jadi beliau akan hadir pada 13 Mac ini bagi dirakam percakapan berhubung kes rasuah,” katanya.

Ismail Sabri akan hadir buat kali kedua ke Pejabat SPRM Putrajaya, selepas membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Media sebelum ini melaporkan SPRM melakukan rampasan wang tunai dan jongkong emas, selepas menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan ‘safe house’ oleh pembantu Perdana Menteri ke-9 itu.

Azam dilaporkan berkata, semua wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman berkenaan.

SPRM turut merampas 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai hampir RM7 juta dari lokasi sama.

Related Posts

Pemansuhan AUKU perlu lahirkan kerangka perundangan lebih progresif – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Kerangka perundangan baharu yang bakal menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu memberi ruang lebih luas kepada universiti untuk membangunkan budaya akademik yang bebas, progresif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar