Keretakan serius Bersatu telah dijangka sebaik terima Azmin – Sumber

SEPERTI api dalam sekam, demikian pepatah yang dianggap sesuai mencerminkan keadaan huru-hara parti Bersatu hari ini yang berpunca daripada ‘satu tangan’ semata-mata.

Sumber enggan dikenali mendedahkan kepada TMP, tindakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali yang bermati-matian mempertahankan jawatan Presiden kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah disebabkan mempunyai agenda tertentu.

Menurut sumber, sejak menyertai PKR sekian lama, Azmin dianggap sosok yang sering membuat kacau-bilau dan mendahagakan sesuatu demi kepentingan peribadinya.

“Buktinya, lihatlah bagaimana dia menafikan kewujudan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada mengambil alih parti sedangkan ia telah dipersetujui Muhyiddin.

“Meskipun belum tiba masanya, namun beliau dilihat telah mula berkeras untuk elak jawatan itu daripada diserahkan kepada Hamzah. Ini kerana Azmin dikatakan bercita-cita memegang jawatan Presiden parti juga suatu hari nanti terutama apabila mereka berpendapat sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan,” katanya ketika dihubungi TMP.

Menurut beliau, ramai pihak telah menjangkakan keretakan dan huru-hara yang bakal menimpa Bersatu khususnya saat Azmin dibawa masuk menyertai parti.

“Bersatu bukan parti yang begitu kuat jika mereka bergerak sendiri, dan justeru untuk memperkukuhkan parti, mereka bawa masuk ahli serpihan PKR.

“Namun mereka silap kerana Azmin dan rakan-rakannya punya agenda. Buktinya lihatlah, mereka yang dijemput masuk namun berani mencipta ‘orang bawah’ nya sendiri hingga mewujudkan dua kem dalam satu kumpulan sama,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan FMT hari ini, Bersatu kini bagai retak menanti belah apabila kem Hamzah menuntut jawatan sebagai Presiden Bersatu segera seperti yang dijanjikan oleh Muhyiddin.

Bagaimanapun, hal itu mendapat tentangan oleh puak penyokong Azmin yang enggan menerima Hamzah sebagai pengemudi parti sebelum selesainya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Konsep ‘tidak mahu beralah’ antara dua kem ini mengakibatkan ketegangan semakin ketara sekaligus mampu mencetuskan keraguan dalam kalangan rakyat dalam melihat parti yang penuh kontroversi itu memimpin negara.

Ia pastinya perkara yang dianggap mustahil selepas beberapa siri menyaksikan Bersatu semakin gagal membentuk parti politik dan mulai goyah daripada hari ke hari.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak