Henti hina agama guna media sosial

PUTRAJAYA – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan dan mempersendakan agama di media sosial.

“Saya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam penyebaran kandungan tidak bertanggungjawab ini.

“Tindakan tegas melalui Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu diambil untuk memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian susulan tindakan segelintir netizen menyebarkan kenyataan berkaitan isu 3R (Kaum, Agama dan Raja) di platform media sosial.

Aaron berkata kementeriannya akan terus melaksanakan kempen ‘Cakap Baik-Baik’ serta menerapkan prinsip integrasi nasional – Faham, Hormat dan Terima – melalui pelbagai program bagi mendidik rakyat Malaysia supaya menghormati agama dan budaya penganut lain.

“Setiap individu bertanggungjawab memastikan ruang maya digunakan dengan bijak dan tidak menimbulkan perpecahan atau ketegangan dalam masyarakat.

“Tindakan tidak bertanggungjawab yang menjurus kepada perbuatan menghina agama dan sensitiviti kaum adalah suatu ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara,” katanya.

Related Posts

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar