57 tidak mengundi, bukti jelas pembangkang tolak kebebasan Parlimen – Ismail

PUTRAJAYA – Kejayaan Kerajaan Madani membawa Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 untuk dibahas sehingga diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan 148 undian Ahli Parlimen sudah semestinya melakar sejarah baharu buat Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, keputusan itu juga memberikan satu petunjuk jelas bahawa 148 Ahli Parlimen telah menyatakan sokongan dan memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Madani.

Menurutnya, ia penting untuk rakyat melihat perkara ini, sekali gus mematikan andaian bahawa kerajaan ini tidak stabil dan perlu ditukar kepemimpinannya, malah tindakan 57 lagi Ahli Parlimen yang tidak mengundi, jelas menunjukkan mereka menolak proses mengembalikan kebebasan institusi Parlimen.

“Rakyat tidak akan lupa siapa mereka dari kalangan 57 Ahli Parlimen yang tidak mengundi ini, kerana mereka adalah dari kalangan yang terlibat dengan gerakan menubuhkan kerajaan tebuk atap dan kemudiannya menutup Parlimen.

“Mereka inilah juga yang masih terus menjaja dan bercita-cita untuk kembali sebagai kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang.

“Tindakan mereka yang tidak menyambut hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani yang bersungguh-sungguh untuk membebaskan institusi Parlimen dalam konteks amalan demokrasi dengan tindakan untuk tidak mengundi merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada proses demokrasi di negara ini,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Mengulas lanjut katanya, pindaan RUU ini adalah langkah ke arah mengembalikan semula kebebasan Parlimen yang telah dihadkan kuasanya lebih 3 dekad yang lalu.

“Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 telah dibentangkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pertama yang mana kelulusan akta ini adalah sebagai lambang demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan negara bangsa dan pembinaan Malaysia.

“Bagaimanapun, sejarah tidak akan lupa bahawa pada tahun 1992, Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen ini dan meletakkannya di bawah kuasa eksekutif iaitu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia akan dikenang sebagai tragedi hitam dalam konteks amalan demokrasi berparlimen.

“Walaupun sebelum ini terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen ini, namun akhirnya ia tiada sebarang tindakan afirmatif untuk menghidupkannya kembali,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Yusop mewakili JKOM turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani atas kejayaan tersebut yang mana akan menjadi satu legasi sewaktu menerajui negara tercinta ini.

“Kita mendoakan dan berharap dengan sokongan yang ditunjukkan, kerajaan ini akan terus kekal dan diberikan mandat untuk meneruskan usaha membawa negara ke peringkat lebih tinggi dengan mengangkat harkat dan darjat negara sebagai sebuah negara merdeka, bermaruah, berdaulat dan mampu membina tamadun tinggi.

“Inilah hasrat dan aspirasi kita sejak merdeka dahulu,” tambahnya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari