RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 diluluskan

KUALA LUMPUR – Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang pernah dibentangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1992, kini kembali melakar sejarah apabila diluluskan secara sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini sekaligus memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

RUU berkenaan bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen serta pentadbiran perkhidmatan Parlimen dan perkara berkaitan.

RUU itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, pada 27 Februari lalu kemudian bacaan kali kedua telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU itu bersifat organik, selain mengakui ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, katanya, lebih penting untuk menentukan kesimpulan Parlimen Malaysia sebagai sebahagian daripada ketelusan untuk bergerak ke arah kebebasan profesionalisme dan berfungsi sebagai badan legislatif berkesan.

“Memang betul undang-undang ini bersifat organik dan ia akan sentiasa dinaik taraf (dan) dipinda kerana ini adalah undang-undang untuk kita (ahli Dewan Rakyat).

“Ahli Parlimen dan kitalah yang membuat undang-undang serta insya-Allah isu yang dibawa ini akan kita kendalikan dari semasa ke semasa.

“Ini akan memberi maksud sebenar selepas kelulusan RUU ini, (Parlimen Malaysia) akan bergerak ke arah kebebasan profesionalisme dan berfungsi sebagai badan legislatif serta sangat sangat berkesan,” katanya menggulung perbahasan RUU itu.

Bahagian III RUU itu memperkatakan peruntukan mengenai Setiausaha Dewan Negara (SUDN) dan Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR).

Fasal 6 bertujuan memperuntukkan SUDN dan SUDR hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Fasal sama juga bertujuan mengadakan peruntukan bagi Yang di-Pertuan Agong menetapkan kelayakan untuk lantikan dan syarat perkhidmatan SUDR serta SUDR, selepas berunding dengan Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Fasal 12 pula bertujuan menghendaki kerajaan memperuntukkan dana tahunan mencukupi bagi perkhidmatan Parlimen untuk membolehkan Majlis Perkhidmatan Parlimen melaksanakan fungsinya.

Selain itu, fasal 13 bertujuan mengadakan peruntukan bagi saraan dan faedah lain kepada anggota perkhidmatan Parlimen.

RUU berkenaan akan membabitkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang jumlahnya belum ditentukan ketika ini.

Akta itu membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, melaksanakan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaannya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari