RM2 juta baik pulih Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri terus memberikan perhatian terhadap isu kebajikan kanak-kanak meskipun yang terpaksa ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Johor (RPKK).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan yang lebih kondusif di rumah perlindungan itu, pihaknya telah meluluskan sejumlah RM2 juta bagi kerja membaik pulih institusi tersebut.

“Kerja-kerja baik pulih akan bermula segera dan dijangka siap sepenuhnya pada awal 2026. Ini adalah langkah penting dalam memastikan RPKK benar-benar berfungsi sebagai pusat perlindungan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan, pengabaian dan pelbagai bentuk kecemasan sosial.

“Ia juga bagi memastikan kanak-kanak yang tinggal di rumah perlindungan tersebut dengan selamat dan selesa,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, beliau bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail  turun padang meninjau keadaan RPKK di Jalan Mariam di sini semalam.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, langkah tersebut menunjukkan kerajaan negeri komited untuk memastikan RPKK dapat berfungsi sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan bahawa buat masa ini, RPKK tidak mampu menampung kapasiti maksimum disebabkan masalah fasiliti.

“Antara isu utama yang dikenal pasti adalah sistem kumbahan, bumbung, pintu, dapur serta sistem perpaipan yang perlu dinaik taraf,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya sudah mengarahkan pihak berkaitan untuk mempercepatkan proses baik pulih agar RPKK dapat berfungsi bagi mencapai kapasiti penuh.

“Kerja-kerja penyelenggaraan termasuk pemasangan pagar keselamatan serta menaik taraf dewan juga akan dilaksanakan demi menjamin kesejahteraan penghuni di situ,” katanya.

RPKK, ujarnya, adalah manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan kanak-kanak yang memerlukan sentiasa terbela.

“Semoga RPKK menjadi tempat yang benar-benar selamat dan kondusif, memberi mereka peluang untuk membesar dalam persekitaran yang positif penuh harapan dan masa depan yang cerah.

“Setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan, tempat tinggal yang selesa dan penjagaan yang penuh kasih sayang,” katanya.

Related Posts

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas disyaki menyeleweng minyak masak bersubsidi dengan mencampurkannya bersama pewarna sebelum dijual semula sebagai minyak masak terpakai pada harga lebih tinggi. Suspek berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

SIBU – Masyarakat digesa untuk terus memperkukuh tahap kesedaran dan kepekaan terhadap isu keselamatan semasa bagi memainkan peranan efektif sebagai barisan hadapan dalam mencegah jenayah di kawasan masing-masing. Pengarah Keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

Chelsea miliki akademi bola sepak terbaik

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian