PRK Ayer Kuning: Kompenan BN, Friends of BN dan PH diminta lipat ganda usaha pertahan kemenangan

BIARPUN tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih lagi belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun itu bukan alasan tidak memulakan lagi langkah untuk `berperang’.

Barisan Nasional (BN) semestinya antara parti yang memerlukan komitmen tinggi kerana misi utama mereka adalah mempertahankan kemenangan yang mana sebelum ini kawasan N48 itu merupakan milik dominin parti terbabit.

Justeru, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta, seluruh jentera sama ada parti kompenan BN, Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) agar melipatgandakan usaha dalam memberi kemenangan kepada BN pada PRK DUN Ayer Kuning akan datang.

Ujarnya, semua parti kompenan juga diminta memberi tumpuan di kawasan masing-masing agar mudah meraih sokongan daripada pengundi.

“Saya sudah bermesyuarat dengan pemimpin parti daripada Friends of BN yang kita ketahui mempunyai pengaruh besar ahli dan penyokong sendiri selain MCA dan MIC.

“Nanti kita akan berjumpa dengan pemimpin daripada komponen PH dan sekiranya kesemua parti mampu menarik sokongan penyokong mereka, maka saya cukup yakin BN akan menang besar,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di Tapah. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Saarani berkata, setakat ini gerak kerja BN dan PH atas nama Kerajaan Perpaduan berjalan dengan lancar, malah pembentukan kerjasama antara kepimpinan sangat kukuh.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, komponen BN akur dengan sebarang keputusan kepimpinan tertinggi untuk memastikan kerusi yang dimiliki gabungan itu dapat dikekalkan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon yang senada dengan Saravanan berkata, ahli BN diingatkan supaya berwaspada dengan gerak kerja musuh politik dan tidak memandang mudah cabaran pada PRK Ayer Kuning.

Malam tadi, Saarani turut turun ke Kampung Rahmat, di Bidor, berterawih serta moreh bersama orang kampung akar umbi UMNO sambil sembang santai bersama mereka.

Bagi beliau, Kampung Rahmat mempunyai nilai sentimental yang kuat kerana ia merupakan kampung halaman Allahyarham Ishsam Shahruddin.

“Besar jasa yang telah Allahyarham sumbangkan kepada orang-orang kampung semasa hayatnya.

“Bukan sahaja di Kampung Rahmat, malah di seluruh kawasan Ayer Kuning, Allahyarham bantu semua tak kira siapa. Kini jadi tanggungjawab kita untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyarham.

“Sama-sama kita terus kerja kuat bagi menyambung segala usaha baik yang telah Allahyarham lakukan untuk rakyat Ayer Kuning ini. Insya-Allah,”katanya dalam hantaran Facebook miliknya pada Selasa.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada Jumaat ini selepas berlaku kekosongan luar jangka kerusi susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lepas.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022, Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Related Posts

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang