KPKM diminta ambil inisiatif atasi kenaikan harga santan segar

SANTAN merupakan satu bahan makanan asas yang sememangnya menjadi pilihan pengguna di dalam masakan harian.

Selain masakan kari, masak lemak, santan juga digunakan untuk membuat kuih-muih terutamanya kuih tradisional seperti tepung pelita, buah melaka, kuih koci dan sebagainya.

Namun, di sebalik keenakan santan, satu perkara yang sehingga kini tetap dihadapi pengguna adalah harganya yang saban tahun naik.

Terbaharu, berdasarkan maklumat yang diperolehi, harga sekilogram santan di sekitar negeri Perak khususnya ada yang melonjak dari RM11 sebelum ini kepada RM14.50.

Malah ada sebahagian kawasan bandar dikatakan meningkat kepada RM15 sekilogram yang dicampur sedikit air manakala yang tidak dicampur air dijual RM20 sekilogram.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak, Amirudin Tajudin dalam satu kenyataan berkata, kenaikan berkenaan bukan sahaja menambah kos perniagaan malah juga memberi tekanan kepada para peniaga khususnya mikro dan kecil.

Lantaran itu, beliau menggesa kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menangani kenaikan harga santan yang mencecah RM20 sekilogram.

“Kami menerima aduan daripada ahli-ahli dalam kategori mikro dan kecil, khususnya yang berniaga kuih-muih sempena Ramadan mendakwa sangat terkesan dengan kenaikan harga santan.

“Justeru kami mencadangkan agar KPKM mengambil beberapa inisiatif membendung masalah ini semasa Ramadan dan Aidilfitri seperti menambah import kelapa dari jiran.

“Saya juga mencadangkan agar KPKM juga meneroka sumber baharu kelapa yang dikatakan jauh lebih murah seperti India dan Sri Lanka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan harga kelapa import dari Indonesia yang meningkat sejak tahun lalu memaksa peniaga bertindak menaikkan harga santan sehingga mencecah RM20 sekilogram.

Bahkan, bagi para penjual santan, tindakan drastik (naik harga) terpaksa dilakukan bagi mengelak kerugian walaupun terpaksa berhadapan penurunan jualan apabila semakin ramai pengguna tidak sanggup menggunakan santan segar sebaliknya beralih pada santan segera.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP) di sekitar Kuala Kangsar, Perak, mendapati harga santan sememangnya ada berlaku kenaikan.

Jika sebelum ini RM11 sekilogram, sekarang harga ada mencecah bermula RM14 sehingga RM18 sekilogram di daerah ini.

Seorang peniaga santan, Sarimah Ahmad, 52, mengakui dia terpaksa menaikkan harga santan dari RM11 kepada RM14.50 sekilogram kerana terpaksa mendapatkan bekalan kelapa dari luar Perak, iaitu dari Selangor.

“Tambahan pula sekarang musim buah kelapa melawas. Saya terpaksa mendapat bekalan dari luar Daerah Kuala Kangsar.

“Namun harga saya masih murah berbanding peniaga lain di sini. Harga santan tanpa campuran air, saya jual RM14.50 sekilogram,” katanya.

Namun apabila ditanya, adakah harga akan turun selepas isu kelapa melawas berakhir, dia hanya mampu mengukir senyuman.

Jadi, persoalan yang mahu rakyat dengar, apa penyelesaian terbaik daripada pihak berkaitan dalam menangani isu ini?

Harap tiadalah kedengaran alasan kurangkan santan dalam masakan demi tingkatkan kesihatan…

Related Posts

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

KUCHING – Keadaan cuaca di Sarawak merekodkan penurunan kualiti udara berikutan masalah jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada tiupan angin membawa asap dari Kalimantan Barat. Situasi tersebut menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

KUCHING – Tegas dalam melaksanakan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), kerajaan Sarawak mengingatkan bahawa sebarang kelewatan tidak munasabah, pembaziran serta mutu kerja projek yang rendah disifatkan sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Asap dari Kalimantan Barat punca jerebu, tangguh aktiviti luar bilik darjah

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Integriti Sarawak dipacu ketegasan pantau projek awam dan penyampaian berkesan

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Anwar dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini

Integriti nadi kemakmuran, KSN puji komitmen berterusan Sarawak

Integriti nadi kemakmuran, KSN puji komitmen berterusan Sarawak

Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH

Strategi pelaburan berdisiplin perkasa kredibiliti, kedudukan TH