Sudah 17 tahun harga siling ‘bunuh’ pemain industri, tiba masanya tubuh entiti baharu milik kerajaan jaga padi

PUTRAJAYA – Pendedahan campuran beras import dan beras putih tempatan (BPT) oleh Pusat Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) membuktikan dasar penswastaan ‘membunuh’ pemain-pemain industri padi beras, terutamanya Bumiputera.

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang berkata, penswastaan daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) merupakan satu kegagalan yang merupakan keterlanjuran polisi oleh kerajaan terdahulu.

Menurutnya, perubahan entiti kerajaan kepada swasta menyebabkan perniagaan rantaian serta rangkaian industri padi beras mengalami penutupan.

“Kerajaan terutamanya bahagian penguat kuasa, wajib membatalkan atau memberi amaran kepada kilang padi, beras atau kilang pengampit beras yang didapati mencampur beras import, tanpa kompromi.

“Tindakan itu sepatutnya dijalankan secara adil tanpa mengira sama ada pihak terbabit adalah anak syarikat Bernas atau kartel besar sekalipun. Jika didapati mana-mana pihak yang melanggar peraturan, maka wajib dikenakan tindakan undang-undang kepada mereka,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan, keperluan penguat kuasa tidak bersikap ‘double standard’ terhadap isu campuran BPT dan beras import, di samping wajib diambil tindakan tegas agar dapat memberi pengajaran kepada pihak pengilang.

“Tindakan seperti ini sahaja yang kita boleh nampak keberkesanannya bagaimana penguat kuasa bertegas terhadap isu terbabit. Jika terdapat golongan tertentu termasuk kakitangan kerajaan yang terbabit, mereka juga wajib dikenakan tindakan termasuk didakwa di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berpandangan keperluan entiti di bawah pemantauan Kerajaan Persekutuan ditubuhkan agar isu BPT dicampur dengan beras putih import mampu diatasi secara holistik.

“Berkenaan isu pembekal utama beras negara, ia sudah tidak wajar lagi diberikan peranan kepada sebuah entiti sahaja kerana beras adalah makanan utama negara yang dikategorikan sebagai keselamatan makanan.

“Sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan satu entiti baharu yang boleh dikenali sebagai Majlis Padi dan Beras Negara (MAPEN),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSawah), Abdul Rashid Yob berkata, kecelaruan yang sedang dihadapi oleh industri beras tempatan adalah disebabkan harga siling ditetapkan sudah tidak relevan.

Menurutnya, penetapan harga siling itu juga dilihat sebagai mengongkong industri beras sehingga memaksa sesetengah pihak menggunakan kelompongan yang ada dalam undang-undang untuk mengaut keuntungan.

“Sudah 17 tahun ia tidak disemak. Ketika harga RM2.60 sekilogram ditetapkan, harga belian padi oleh pengilang adalah sekitar RM900 ke RM1,100 per tan dan bila kerajaan sekarang mengekalkan harga terbabit. Ia menjadikan industri menjadi kucar-kacir.

“Perkara itu menyebabkan bekalan beras terjejas dan inilah antara punca utama pengilang berani mencampurkan beras tempatan ke dalam beras import. Tiada kebebasan diberikan dalam industri yang menyebabkan pemain tidak boleh menentukan harga berdasarkan kos dikeluarkan.

“Apa yang menjadi persoalan, kalau diikutkan harga siling BPT di Thailand dan Indonesia dikawal dengan lebih murah, namun kos pengeluaran mereka meningkat berganda. Justeru, kerajaan perlulah menyemak semula harga siling agar isu campur beras selain, bekalan tiada di pasaran boleh diselesaikan secara holistik,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendapati tiada peruntukan dan perundangan subsidiari berhubung pendakwaan dalam kesalahan mencampurkan BPT dan BPI.

KPKM pada kenyataan memaklumkan bahawa tiada peruntukan dalam Akta Kawalan Padi Beras 1994 (Akta 522) yang membolehkan dikenakan tindakan undang-undang berhubung perbuatan berkenaan.

Rabu lalu, media melaporkan, kira-kira 40 hingga 50 peratus BPI daripada 5,000 sampel yang dianalisis MARDI disahkan bercampur dengan BPT.

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

ALOR SETAR – Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja