Lelaki mental disyaki bunuh dan bakar ibu sendiri direman 7 hari

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia 43 tahun yang disyaki membunuh sebelum membakar ibunya di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek memakai baju lokap warna ungu dibawa ke mahkamah menggunakan trak polis kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Ujian urin ke atas suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod kesalahan lampau.

Difahamkan, suspek didiagnos mengalami masalah mental pada Disember 2019.

Pagi semalam, seorang wanita warga emas berusia 68 tahun maut dalam keadaan tragis apabila mayatnya ditemukan terbakar dipercayai akibat perbuatan anak lelakinya sendiri di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, di sini pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan MERS999 berhubung satu kejadian mengamuk di sebuah rumah kampung di lokasi tersebut kira-kira pukul 7.48 pagi semalam.

“Sepasukan polis diarah ke lokasi kejadian untuk tindakan awal sejurus maklumat diterima.

Sebaik tiba di lokasi, polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dipercayai suspek yang dikatakan mengamuk seperti dilaporkan.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui satu mayat dalam keadaan terbakar di dalam rumah dipercayai telah dibunuh,” katanya.

Related Posts

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

KUCHING – Polis menyiasat kejadian dua lelaki bermotosikal yang melanggar seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di Jalan Padungan. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemetaan budaya ‘Voices of Old Kuching’ rakam warisan, memori komuniti

KUCHING – Warisan Old Kuching bukan hanya tertumpu pada bangunan dan tapak bersejarah, malah turut merangkumi kelestarian cerita, memori, budaya serta pengalaman masyarakat yang diwarisi merentas generasi. Pendekatan komprehensif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Terima kabel curian, pusat barang lusuh boleh didakwa – Menteri KPKT

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pelaburan cecah RM4.64 bilion

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM