Kerajaan terus bela kebajikan, pendidikan anak veteran ATM hilang upaya

ALOR SETAR – Nasib anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kehilangan upaya akibat kecederaan semasa bertugas akan terus dibela kerajaan terutamanya pendidikan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini kerana kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk pendidikan anak-anak di peringkat tinggi.

Beliau berkata, kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan veteran ATM dan justeru, Kementerian Pertahanan melalui JHEV telah menambah baik beberapa faedah antaranya melibatkan pendidikan anak-anak veteran.

“Julat Elaun Pelajaran Anak-Anak Penerima Pencen Hilang Upaya turut dinaikkan daripada RM200 hingga RM685 setahun kepada RM1,600 hingga RM5,400 setahun mengikut tahap pendidikan, sekiranya ada lima orang anak yang belajar ke universiti, setiap orang layak dapat jumlah yang ditetapkan.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 700 ke 800 peratus daripada kadar sebelum ini, apa sahaja kecederaan yang dialami oleh mereka semasa bertugas, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab sama ada terhadap veteran itu sendiri, keluarga mereka serta memastikan pendidikan anak-anak mereka terjaga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Ganjaran Hilang Upaya Veteran ATM Kedah di sini, pada Jumaat.

Pada majlis itu, seramai 34 veteran ATM yang cedera sewaktu melaksanakan operasi atau menjalani latihan yang berisiko tinggi menerima faedah Ganjaran Hilang Upaya (GHU) serta lapan penerima terdiri daripada anak-anak veteran menerima sumbangan komputer riba.

Adly berkata, pemberian GHU kepada lebih 1,800 veteran ATM yang sepatutnya diselesaikan sebelum Ramadan ini, akan cuba diselesaikan sebelum Aidilfitri depan berikutan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi terutamanya yang melibatkan Sabah dan Sarawak.

Beliau turut memaklumkan kerajaan turut menaikan Elaun Layanan Sentiasa kepada veteran daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022.

Selain itu, katanya kerajaan turut mewujudkan Ganjaran Hilang Upaya disebabkan oleh kecederaan semasa tugas aktif yang akan diberi secara sekali gus kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tugas aktif.

“Dengan penambahbaikan ini, saya harap kesejahteraan kumpulan veteran yang mengalami kecederaan semasa bertugas akan lebih terbela,” katanya.

Related Posts

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan