Bermula melukis sukarela, tak sangka jadi sumber rezeki pasangan kembar

KOTA KINABALU – Pada mulanya melukis mural secara sukarela namun tiba-tiba menjadi sumber rezeki kepada pasangan kembar Elyana Sazlin Magbanua dan Elyana Sazwin Magbanua, 28, anak jati Sabah yang kini menjadi pemilik Le’sibs art.

Pucuk dicita, ulam mendatang itulah pepatah Melayu yang sinonim dengan perjalanan kerjaya pasangan kembar yang pada mulanya hanya mahu berbudi kepada sekolah lama mereka, namun bertukar menjadi permulaan kepada kerjaya sebagai ‘Mural Specialist’.

Menurut Elyana Sazwin yang merupakan adik kembar, tahun ini merupakan tahun kelima dalam kerjaya mereka yang bermula pada 2020.

“Kerjaya kami tidak disangka, secara tiba-tiba. Kami habis saja graduasi, sementara menunggu kerja, kami sukarela melukis secara percuma di sekolah lama, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II Kota Belud dan SMK Tenghilan, Tuaran.

“Kami lukis mural untuk beri motivasi para pelajar di sekolah lama, hanya mahu ‘give back to our school’ dan dari situ terus jadi kerjaya sepenuh masa iaitu melukis sampai sekarang.

“Kami muat naik hasil lukisan mural di media sosial dan tiba-tiba banyak pula sekolah lain dan individu tanya untuk mendapatkan perkhimatan lukisan kami, kami dapat banyak maklum balas positif dari masyarakat.

“Untuk kami memulakan perkhidmatan melukis secara berbayar terdapat banyak proses dan kami pergi membuat lesen. Secara tidak langsung, tiba-tiba jadi syarikat,” kongsinya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press di sini pada Jumaat.

Selain daripada melukis mural, mereka juga membuat perkhidmatan lukisan lain iaitu ‘Henna Art dan Face Painting’.

Sebelum ini, pasangan kembar ini juga pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Anugerah Syarikat Pemula Graduan Terbaik anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 2024.

Berjaya cipta kerjaya sendiri dan sedia peluang pekerjaan

Perkara yang amat membanggakan, pasangan kembar ini tidak hanya mencipta kerjaya mereka sendiri tetapi turut menyediakan peluang pekerjan kepada orang lain.

Elyana Sazlin yang merupakan kakak kembar berkata, apabila mereka mendapat projek lukisan yang besar mereka akan mengambil pekerja sambilan untuk membantu dan mempercepatkan proses penghasilan lukisan.

“Projek kami ini kalau kecil kami dua orang sahaja, jika projek itu besar kami akan ambil pekerja sambilan.

“Kadang-kadang kami memerlukan dua atau tiga orang yang mempunyai latar belakang seni,” katanya.

Bidang seni dan masa depan

Seharusnya perlu dibuang stigma negatif terhadap bidang seni seperti tidak mempunyai masa depan.

Ujar pasangan kembar itu, bidang seni tidak hanya berfokus kepada visual semata-mata tetapi ia mempunyai banyak cabang seperti animasi, videografi digital, lukisan digital dan banyak lagi.

“Jangan kata seni tiada masa depan. Masa depan seni amat luas.

“Mana-mana tempat perlukan kreativiti. Contohnya kalau buat ‘marketing’, buat reka bentuk semua perlu kreativiti perlu ada kesenian. Seni sebenarnya banyak peluang pekerjaan,” kata mereka.

Sementara itu, Sazwin dan Sazlin turut berkongsi perkembangan kerjaya mereka sangat positif.

“Dari segi sambutan, memang setiap bulan ada saja pelanggan tidak pernah putus.

“Setakat ini, anggaran kasar sudah lebih dari 300 lukisan kami hasilkan.

“Hasil untuk sebulan, ia bergantung dengan projek. Paling kurang satu, paling banyak lima, begitulah dalam satu bulan,” ujar mereka.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan