Baru 6 jam menyamun dah kena cekup

PADANG BESAR – Tindakan pantas polis memburu seorang lelaki yang menyamun pembantu perpustakaan desa di Kampung Tersusun membuahkan hasil apabila suspek berjaya diberkas dalam tempoh hanya enam jam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.40 pagi semalam apabila suspek datang ke perpustakaan dengan alasan mahu meminjam buku untuk anaknya.

“Suspek yang sudah mengetahui waktu operasi perpustakaan itu kembali semula kira-kira 10 minit kemudian sebelum bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa.

“Mangsa yang juga pekerja syarikat swasta kemudian dipaksa menyerahkan seutas gelang emas bernilai RM10,000 sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis berjaya menahan suspek pada pukul 3.40 petang di Kampung Kolam.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan samun seorang diri dan telah menjual barang kemas itu di sebuah kedai emas di Jitra, Kedah,” ujarnya.

Tambahnya, polis turut merampas wang hasil jualan bernilai RM8,050 yang disimpan dalam akaun bank Maybank dan RM1,880 wang tunai bersama telefon bimbit, kenderaan serta pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah namun polis berjaya mendapat perintah reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, polis turut menahan seorang lelaki yang merupakan pengurus kedai emas di Jitra pada petang hari kejadian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan,” katanya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam