Tiru program anjuran JPKKP, JPKK Pas Terengganu tandus idea?

TULAR di media sosial berkenaan program pembersihan tanah kubur anjuran Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Rumah Murah Bukit Kuang, Kemaman ditiru oleh Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) Kerajaan Negeri Terengganu.

Pihak JPKKP Rumah Murah Bukit Kuang akan mengadakan program pembersihan perkuburan pada Jumaat 28/2/2025, tiba-tiba muncul pula sepanduk program yang sama tetapi anjuran JPKK di bawah seliaan Kerajaan Negeri tetapi pada hari Sabtu 1/3/2025.

Sebelum pada ini riuh-rendah kedengaran daripada penyokong Pas bahawa penubuhan JPKKP ini adalah menyalahi undang-undang serta dilihat satu campur tangan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat kampung.

Persoalannya jika JPKKP yang di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu menyalahi undang-undang, kenapa JPKK meniru program yang dianjurkan JPKKP?

JPKK sebenarnya berfungsi atau tidak di peringkat kampung? Jikalau berfungsi kenapa hanya mampu meniru idea orang lain?

Dengarnya peruntukan JPKK ini besar juga jumlah yang diperolehinya.

“Boleh pitih belana, padan tiru program orang lain je, balik awal JPKK,” bak kata orang Terengganu.

Pertanyaannya JPKK pandai ke tidak mengurus kampung? Atau sekadar menghabiskan peruntukan Kerajaan Negeri yang itu pun Kerajaan Persekutuan yang beri.

Related Posts

Kembalikan Ahli Parlimen kepada fungsi sebenar

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ULASAN | Pandangan saya mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen yang tular sekarang. Bagi saya satu perkara yang wajar dikritik dalam sistem politik kita ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

PELANTIKAN seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), Puan Ong Ling Loong, sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya diraikan sebagai satu perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler