SMK Gong Nangka Marang beroperasi tahun ini, Pas Terengganu ‘pelawok’

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan bahawa sebanyak 17 buah sekolah baharu bakal beroperasi di seluruh negara tahun ini.

Menariknya salah sebuah sekolah yang bakal beroperasi itu berada di Parlimen ‘Ayoh Chik Rusiler’ iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Nangka di Marang, Terengganu.

Projek tersebut dimulakan pada tahun 2021, bila ditelusuri mantan Menteri Kewangan, Lim guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2020 ada menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan pada ketika itu meluluskan pembinaan sebuah sekolah baharu di Marang.

“Ayoh Chik Rusiler sokmo kabo DAP kapir harbi anti Islang tok akan bela Islang.”

Tapi apa yang berlaku yang meluluskan pembinaan sekolah baharu sehingga projek ini direalisasikan adalah mantan Menteri Kewangan daripada DAP yang sangat dibenci oleh Presiden Pas itu.

Begitu juga penyokong tegar Pas di Terengganu yang sering membawa naratif Kerajaan Persekutuan menzalimi dan menyekat bentuk pembangunan serta royalti petroleum untuk negeri Terengganu.

Walhasil Parlimen Marang mendapat sekolah baharu yang lengkap dan canggih seiring kemodenan pendidikan negara untuk manfaat rakyat di Parlimen tersebut.

Jadi persoalannya adakah Kerajaan Persekutuan yang zalim? Jikalau zalim projek sekolahnya ada, bahkan di Parlimen Presiden Pas sendiri dan diluluskan oleh mantan Menteri Kewangan yang sering dituduh kafir harbi anti Islam oleh Pas.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil