Golden Pharos rugi, di mana kehebatan model ekonomi bakal PM11?

GOLDEN Pharos Berhad, salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu dilaporkan mencatatkan kerugian RM12 juta bagi tahun kewangan 2024.

Pengerusi Golden Pharos yang dilantik melalui lantikan politik itu adalah orang kepercayaan bakal PM11 iaitu Datuk Yahya Ali. Persoalan yang timbul bagaimana boleh rugi?

Gegak-gempita dicanangkan bakal PM11 mempunyai visi ekonomi yang mantap yang mampu membawa ekonomi negeri Terengganu melonjak naik dan ini dijadikan penanda aras yang dipuja-puja walaun sebagai bukti bakal PM11 mampu menyaingi PMX.

Namun begitu hanya berlaku indah khabar dari rupa, jika bakal PM11 terbukti mempunyai visi dan dasar ekonomi yang cemerlang, mana mungkin Golden Pharos mengalami kerugian? Di belah PMX pula Khazanah Nasional diiktiraf sebagai antara syarikat dana berdaulat terbaik di dunia.

Sebelum ini pun tersohor Golden Pharos akan mengimport bekalan kelapa ke Terengganu bagi menampung kekurangan bekalan kelapa di Terengganu. Para pewala bakal PM11 pun mencanangkan inilah idea terbaik yang sangat bernas daripada pimpinan pujaan mereka.

Namun begitu ada melaporkan harga santan di Terengganu semakin naik, jadi di mana kelapa yang diimport itu?

AP import kelapa itupun Kerajaan Persekutuan yang luluskan, ‘ke bahang seng saja nyiornya takdok’, bak kata orang Terengganu.

Persoalannya bakal MP11 ada dasar dan model pembangunan ekonomi atau tidak? Ke setakat lapar nyohor je bakal PM11 ni.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM