RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah.

Itu tidak benar sama sekali. Kita perhalusi:

  1. Jangan Memperlekeh RCI
    Laporan RCI telah disediakan oleh Suruhanjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. Malah Tuanku Baginda Sultan Ibrahim pada 8 Ogos 2026 bertitah agar penyelewengan disiasat hingga ke lubang cacing. Begitulah ketegasan institusi istana berhubung perkara ini.

RCI sebenarnya bukan pelaporan politik, laporan itu mengandungi penemuan dan syor penambahbaikan yang sekitar 75 peratus telah dilaksanakan oleh Tabung Haji.

  1. Jangan Kelirukan Rakyat
    Jangan alihkan isu, jangan kelirukan rakyat dengan mengatakan “JAN kata tiada masalah”, sebab JAN sendiri yang mengatakan Tabung Haji bermasalah malah membangkitkan isu material.
  2. Masalah Penyata Kewangan Tabung Haji
    Dalam laporan audit kewangan 2017, JAN membangkitkan kegagalan Tabung Haji merekodkan rosot nilai RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam tiga syarikat subsidiari dan tiga syarikat bersekutu.

JAN juga membangkitkan bahawa polisi rosot nilai aset kewangan Tabung Haji tidak konsisten dan telah berubah sebanyak dua kali pada 2017.

Dalam keterangan dan analisis yang dikemukakan kepada RCI pula, turut dibincangkan bahawa sekiranya FRS 139 diterapkan sepenuhnya, terdapat tambahan rosot nilai sekitar RM1.310 bilion yang sepatutnya diambil kira.

JAN sendiri kata bermasalah, bekas Ketua Audit Negara pula kata tak bermasalah.

  1. Audit Kewangan ≠ Audit Forensik
    JAN menjalankan audit terhadap penyata kewangan. PwC pula menjalankan Financial Review.

Audit penyata kewangan tidak semestinya menjawab semua persoalan seperti:

ke mana wang digunakan, siapa penerima manfaat, bagaimana transaksi dilakukan, transaksi mencurigakan, salah guna kuasa atau terdapat unsur tipu daya.

Sebab itu, ayat “sudah diaudit” bukan jawapan tuntas penutup segala persoalan.

  1. Diaudit Atau Tidak, Itu Bukan Persoalan
    Persoalan sebenar ialah sejauh mana masalah yang ditemui dan bagaimana masalah tersebut mempengaruhi pendapat audit. JAN memberikan unqualified opinion with Emphasis of Matter (EOM) bagi penyata kewangan 2017.

Di sinilah letaknya perbezaan penting dengan penilaian RCI.

Berdasarkan bukti dan keterangan yang diteliti, RCI berpandangan isu material yang dikenal pasti adalah lebih serius dan sepatutnya mempunyai implikasi yang lebih besar terhadap pendapat audit, bukannya sekadar unqualified opinion with EOM.

Senang cerita begini, JAN menemui masalah, RCI pula menilai bahawa masalah tersebut lebih serius daripada yang diterjemahkan melalui pendapat audit.

Tuntasnya, RCI ialah dapatan telus, tanpa kepentingan politik. Tabung Haji ialah amanah jutaan pendeposit, isu ini mesti diselesaikan dengan fakta, ketelusan dan akauntabiliti.

Menjunjung titah. Daulat Tuanku.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana