RM35 juta perkasa wakaf negara, tokoh besar Melayu setuju menyumbang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dana sebanyak RM35 juta untuk pemerkasaaan serta merancakkan ekosistem ekonomi wakaf di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Berhad.

Anwar berkata, sumbangan wakaf bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan sebaliknya tradisi itu harus menjadi amalan oleh semua pihak termasuk rakyat dan pemilik syarikat.

“Bukan sekadar menyakau harta, harta yang kamu ada itu harus mampu mewakafkan. Kita kadang-kala mempunyai kuasa dan bila saya tegaskan hal ini bangkitlah dendamlah, mencari salah oranglah.

“Pada hal kalau benar kita ini mahu pertahankan prinsip dan roh Islam mana mungkin kita pertahankan keterlanjuran ini. Pekerja mengharapkan hanya RM100 ke RM200 tambahan dalam skim gaji, elaun setahun mana mungkin kita membiarkan orang menyakau berbilion.

“Pada hal untuk orang miskin di bawah kita minta wakaf. Sebab itu bagi saya tatakelola dan tadbir urus itu sangat penting,” katanya ketika berucap bagi melancarkan sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 bertemakan Wakaf Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Khamis.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee; Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Selamat Paigo serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Dr Ridzwan Bakar.

Sehubungan itu, Anwar meminta supaya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan Yayasam Wakaf Malaysia menjadi contoh pentabiran yang cekap dan bersih bagi menetapi roh Islam.

Sebagai contoh, Anwar memaklumkan kejayaan Indonesia membangunkan institusi pendidikan dan madrasah yang menggunakan sumbangan harta wakaf ketika negara itu baru mencapai kejayaan dan rata-rata penduduk adalah miskin.

“Pengajaran kepada kita tanpa dukungan rasmi kesedaran wakaf dalam kalangan rakyat Indonesia yang umumnya miskin dalam tahun 50-an dan 60-an tetapi masih melahirkan instititusi pendidikan dan pasantren yang gagah.

“Kedudukan ekonomi umat itu bukan petanda keupayaan kerana yang harus ditekankan ialah tahap kesedaran dan sikap serta semangat untuk memberikan, bukan sahaja untuk mengaut kekayaan tetapi juga memberi sumbangan yang kekal dalam ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, beberapa tokoh syarikat besar milik orang Melayu telah menyatakan komitmen untuk memberi sumbangan kepada Wakaf Madani.

Jelasnya, ketika ini beberapa perincian sedang dilakukan sebelum nama tokoh berkenaan diumumkan.

“Saya ucap terima kasih kerana beberapa tokoh syarikat besar melayu bersetuju supaya mendukung kekuatan ekonomi wakaf madani, boleh kita umumkan. Sekarang memperincikan beberapa peraturan dan syarat yang mereka mahu masukkan dalam peraturan dan badan wakaf ini.

“Kemudian saya akan pastikan ada rundingan dengan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) supaya penyelarasannya dilakukan dengan baik,” katanya.

Related Posts

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan sorok kes buli demi jaga imej sekolah – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pentadbiran sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata bagi menjaga imej atau prestasi institusi pendidikan. Beliau berkata, walaupun keadaan dilihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin