RM15 juta diperuntukkan kepada pesawah bagi persediaan Ramadan, Aidilfitri

JERLUN – Pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan sebanyak RM15 juta sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu merupakan sebahagian peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

“Saya minta Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bantu pesawah dan bukannya parti politik memandangkan BERNAS jana keuntungan daripada pesawah. Jadi beliau setuju untuk menyumbang RM30 juta sebelum ini.

“Daripada peruntukan itu, kita akan salurkan persediaan awal Ramadan dan Syawal kepada pesawah sebanyak RM15 juta dengan segera. Kita harap ia dapat dilaksanakan sebelum permulaan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Meluncurkan Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kampung Pida 4, Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminam Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Anwar berkata penyaluran bantuan itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan BERNAS.

Pada 13 Februari lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Syed Mokhtar melalui BERNAS akan menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

Katanya, persetujuan itu dibuat Syed Mokhtar selepas beliau menghubungi tokoh korporat berkenaan pada hari sama.

Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau boleh meminta Syed Mokhtar membantu PKR seperti diamalkan parti-parti tertentu sebelum ini tetapi tidak berbuat demikian kerana mahu membela nasib pesawah.

“Ini cara kita. Kita ambil sikap gunakan wang korporat untuk politik tetapi untuk pesawah kerana BERNAS ada kaitan secara langsung dengan pesawah,” katanya.

Related Posts

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

BALINGIAN – Kerajaan Sarawak kini dalam proses merangka model perumahan mampu milik khusus buat golongan berpendapatan pertengahan (M40), dengan Bintulu dipilih sebagai lokasi projek rintis sebelum dilaksanakan di bandar-bandar utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

KANOWIT – Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan luar bandar terus diberi perhatian bagi memastikan keperluan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah dapat dipenuhi secara berterusan. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelaksanaan RTP terus beri manfaat kepada penduduk Ngemah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

Pelajar tingkatan empat ditemukan maut di dewan sekolah

England pamer aksi bertenaga, tewaskan Crotia 7-0

England pamer aksi bertenaga, tewaskan Crotia 7-0

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal