Kementerian Digital bantu PMKS guna AI

PUTRAJAYA – Kementerian Digital akan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang masih belum bersedia dengan penggunaan teknologi digital terutama kecerdasan buatan (AI).

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai kesan teknologi pengadaptasian AI dalam perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, program itu perlu diberi penerangan dan kesedaran bahawa teknologi itu dapat menukar, menaik taraf serta meningkatkan kos produktiviti perniagaan mereka.

“Perkara ini akan dikaji untuk dipertimbangkan yang akan diumum pada penghujung Mac ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Fabian Bigar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Fazidah Abu Bakar.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Digital mengakui masih banyak PMKS membabitkan komposisi 97 peratus daripada perniagaan di negara ini belum bersedia dengan penggunaan teknologi digital untuk terus berkembang.

Susulan itu, Gobind berkata, kementerian itu akan mempergiatkan transformasi termasuk dengan meyakinkan pengusaha PKMS supaya mengambil bahagian dalam ekonomi digital.

Related Posts

Jelapang padi perlu diwartakan, pastikan keluasan tanaman tidak susut – KPKM

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri disaran mewartakan kawasan jelapang padi bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir