Sekretariat khas selami isu warga FELDA

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus memberikan perhatian terhadap soal kebajikan dan permasalahan warga felda di negeri ini menerusi penubuhan jawatankuasa sekretariat khas.

Pengerusi Jawantankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, penubuhan jawatankuasa yang merupakan cetusan idea oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu bertujuan mendekati akar umbi dan seterusnya menyelami isu-isu dalaman oleh golongan berkenaan.

“Ini dapat memastikan kebajikan dan kepentingan lebih 180,000 warga FELDA di 73 kawasan rancangan FELDA seluruh Johor terus terpelihara.

“Sekretariat ini akan menjadi platform utama dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Johor dan FELDA supaya segala isu yang timbul dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Kasap memberitahu, keanggotaan sekretariat itu akan melibatkan pemimpin di setiap peringkat pengurusan FELDA.

“Ini termasuk wakil peneroka, generasi belia, wanita, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan FELDA,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar