Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut di peringkat kajian, pastikan tiada kelompongan berlaku

KUALA LUMPUR – Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih dalam peringkat penelitian yang keperluan untuk diperhalusi secara terperinci dalam membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas luar biasa di negeri tersebut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Kerajaan Pulau Pinang sedang mengkaji secara teliti beberapa perkara, seperti pembesaran pelabuhan North Butterworth Container Terminal (NBCT) yang membabitkan jajaran projek berkenaan.

Jelasnya, keperluan ia diambil kira susulan melibatkan kepentingan ramai pihak khususnya Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

“Perkara ini kerana terdapat pertindihan jajaran terowong dengan cadangan pembesaran NBCT secara berfasa oleh pihak SPPP dan kajian Pelan Induk Pembesaran NBCT terbabit memerlukan pertimbangan secara menyeluruh oleh Kerajaan Negeri bagi hala tuju perancangan seterusnya.

“Projek ini hanya akan dimulakan setelah perancangan jajaran diselesaikan,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang meminta penjelasan mengenai status terkini kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Dalam pada itu, menjawab soalan Siti Mastura mengenai syor Majlis Pembangunan Fizikal Negara (MPFN) mengenai kebolehlaksanaan projek terbabit, Kor Ming memaklumkan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Bil1/2019 sudah mengemukakan pandangan pada18 April 2019, seperti diperuntukkan di bawah Subseksyen 10(4) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] sebelum diwartakan pada 24 Oktober 2019.

“Walaupun secara dasarnya projek sedemikian adalah tidak tertakluk untuk pertimbangan MPFN di bawah Akta 172, kementerian ini berpandangan projek ini perlu dirujuk untuk pertimbangan dan nasihat MPFN memandangkan impak pembangunannya yang besar terutama impak ke atas alam sekitar dan kesan pembinaan terowong terhadap aktiviti perikanan.

“Langkah ini adalah selari dengan hasrat Kerajaan Madani yang memberi perhatian kepada pembentukan sebuah negara yang seimbang dari aspek pembangunan fizikal dan ekonomi tanpa meminggirkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat serta pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Untuk rekod, projek terowong sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di tanah besar itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang untuk 30 tahun iaitu mulai tahun lalu hingga 2053, bernilai RM46 bilion.

Terowong dasar laut itu adalah sebahagian daripada pakej projek bernilai RM6.3 bilion yang telah dirancang serta dilaksana kerajaan negeri sebagai penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar untuk mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui