PRK Ayer Kuning: BN Perak tak ambil mudah

MESKIPUN di atas kertas, Barisan Nasional (BN) dilihat mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti, namun Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ianya tidak boleh diambil mudah terhadap saingan yang bakal bertanding.

Ujarnya, gerak kerja jentera perlu digerakkan dalam mendekati pengundi daripada pelbagai golongan.

“Menjelang PRK yang bakal diadakan nanti, kita (BN) jangan pandang dan ambil mudah.

“Ini kerana pengundi berubah-ubah. Biar pun Pakatan Harapan (PH) dan BN mempunyai pengundi tegar masing-masing di DUN tersebut, tetapi kita tidak tahu bagaimana situasi terutama dalam pengundi muda.

“Justeru itu, pengundi khususnya pengundi-pengundi baharu ini yang perlu kita terus dekati,”katanya.

Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyatakan pendirian bagi memberi laluan kepada BN untuk meletakkan calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Ayer Kuning yang dijangka akan diadakan nanti.

Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata, keputusan tersebut sebagai sokongan tidak berbelah bahagi serta isyarat kepada rakyat bahawa kestabilan politik yang dicapai menerusi Kerajaan Perpaduan perlu dipelihara.

Sehubungan itu, Saarani memberitahu, kesediaan tersebut sebagai suatu persefahaman yang terjalin dengan PH sejak 2023.

“Sebagaimana amalan dalam gabungan itu, parti penyandang sama yang mewakili kerusi sebelum ini akan bertanding dalam mana-mana PRK.

“Ia sama seperti yang berlaku di siri-siri PRK sebelum ini seperti di kerusi DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor, Parlimen Pulau di Johor dan DUN Pelangai di Pahang,”jelas beliau.

Mengulas lanjut, Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, BN Negeri telah menghantar surat pemakluman kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning kepada Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid pada Isnin.

“Ia sebagai memberi laluan kepada Mohammad Zahir untuk menghantar notis berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa (hari ini),”tambahnya lagi.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan penyandang, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN menang dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, Perikatan Nasional (PN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung