Kerajaan panggil Setiausaha Agung semua parti bincang RUU Pendanaan Politik

SESI mesyuarat membabitkan setiausaha agung semua parti politik akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan pandangan mengenai cadangan penggubalan rang undang-undang (RUU) Pendanaan Politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mesyuarat itu juga bertujuan mengetahui pendirian setiap parti dan membincangkan persoalan dasar yang timbul berhubung RUU berkenaan.

Katanya, kerajaan juga akan mendengar dan mendapatkan pandangan parti politik kerajaan dan pembangkang melalui pihak universiti sebagai pihak berkecuali bagi memastikan keputusan diambil adalah inklusif dan merangkumi pelbagai perspektif.

Katanya, ia termasuk mengambil kira kajian semua parti politik dan pandangan pihak berkepentingan, termasuk orang awam.

Azalina memaklumkan, kerajaan sudah melaksanakan beberapa siri mesyuarat pada 2023 hingga 2024 dalam usaha penggubalan RUU Pendanaan Politik yang mana Bahagian Hal Ehwal Undang Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut membentangkan cadangan penetapan dasar.

“BHEUU JPM juga mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan (MOF) pada 13 Disember 2024.

“Ia bagi membincangkan cadangan utama Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai had skop bayaran sumbangan dan pendanaan awam untuk parti politik.

“Sesi libat urus turut diadakan dengan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) melalui penganjuran Political Financing International Conference 2025 pada 14 Januari lalu,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai status Akta Pendanaan Politik dan bila RUU itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Azalina berkata, lapan sesi libat urus sudah diadakan setakat ini, termasuk lima sesi bersama wakil parti politik dan agensi kerajaan serta tiga mesyuarat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

“Pada 10 Februari lalu, JKPK mengemukakan maklum balas mengenai penambahbaikan skop dasar RUU Pendanaan Politik.

“Pada 12 Februari lalu, saya mempengerusikan mesyuarat bersama JKPK, KRPPM serta kementerian dan agensi kerajaan seperti SPRM, MOF, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) dan Jabatan Peguam Negara untuk membincangkan hala tuju dan kebolehlaksanaan RUU Pendanaan Politik.

“Masih ada beberapa perkara dasar belum mencapai persetujuan sebulat suara, seperti keperluan pendanaan awam kepada parti politik, had sumbangan dan entiti yang akan mengawal selia dana politik,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari