Buat laporan polis segera jika wujud warga asing sebar agama bukan Islam

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai  individu yang cuba menyebar agama bukan Islam dari rumah ke rumah sehingga tular di media sosial perlu membuat laporan polis.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, keperluan ia dilakukan oleh mangsa agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan.

Menurutnya, sekiranya terbukti mana-mana pihak telah melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan untuk menjadi iktibar kepada semua pihak.

“Sebarang tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan perlu dihentikan kerana ia boleh membawa keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam.

“Pihak Jakim, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Kementerian Perpaduan Negara akan memainkan peranan dalam memantau dan menguruskan isu-isu keagamaan dengan pendekatan yang adil dan harmoni demi kestabilan dan keamanan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai video dua warga asing yang berkunjung dari rumah ke rumah di taman perumahan rakyat untuk menyebar agama selain bukan Islam sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

Susulan kejadian itu juga, Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mengusir warga asing berkenaan dari negara ini.

Sementara itu, Sirajuddin menyeru semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memelihara keharmonian negara.

“Sebagaimana yang kita maklum, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).

“Di mana, mengembangkannya yang mana orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan dan mengembangkan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari