Pecat pekerja bujang dan belum berkahwin

SYARIKAT Shuntian Chemical Group yang mempunyai lebih daripada 1,200 pekerja telah mengeluarkan notis amaran pemecatan kepada pekerjanya yang masih bujang dan belum berkahwin sehingga akhir September ini.

Syarikat yang berpangkalan di wilayah Shandong, timur China itu memperkenalkan dasar berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kadar perkahwinan dalam kalangan perkerjanya.

Dasar tersebut mewajibkan pekerja bujang dan bercerai berusia antara 28 hingga 58 tahun untuk berkahwin dan tinggal bersama sebelum akhir September tahun ini, manakala pekerja yang gagal berbuat demikian sebelum akhir Mac perlu menulis surat ‘mengkritik diri sendiri’.

Berdasarkan notis tersebut, jika masih belum berkahwin menjelang akhir Jun, syarikat akan menjalankan ‘penilaian’ terhadap mereka, jika masih bujang pada akhir September, pekerja akan dipecat.

Syarikat itu juga memperkenalkan dasar yang menekankan nilai tradisional China seperti kesetiaan dan ketaatan kepada ibu bapa.

“Tidak menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kadar perkahwinan adalah tidak setia. Tidak mendengar kata ibu bapa adalah tidak berbakti. Membiarkan diri sendiri kekal bujang adalah tidak berperikemanusiaan. Mengecewakan harapan rakan sekerja adalah tidak adil,” menurut pengumuman tersebut.

Biro sumber manusia dan keselamatan sosial tempatan memberitahu The Beijing News bahawa mereka telah menjalankan pemeriksaan ke atas syarikat itu pada 13 Februari, dalam masa kurang sehari, syarikat itu mengumumkan bahawa dasar tersebut telah ditarik balik dan tiada pekerja yang dipecat kerana status perkahwinan mereka.

Seorang pegawai kerajaan berkata, notis syarikat itu melanggar Undang-Undang Buruh dan Undang-Undang Kontrak Buruh di China.

Profesor Madya di Sekolah Undang-Undang Universiti Peking, Yan Tian, memberitahu The Beijing News bahawa dasar itu bertentangan dengan kebebasan perkahwinan dan oleh itu, tidak berperlembagaan.

Yan menjelaskan bahawa syarikat di China tidak dibenarkan bertanya kepada pemohon kerja mengenai rancangan perkahwinan atau kelahiran anak berdasarkan undang-undang buruh, walaupun realitinya sering berbeza.

Bilangan perkahwinan di China menurun ke paras terendah baharu iaitu 6.1 juta tahun lalu, susut 20.5 peratus daripada 7.68 juta pada tahun sebelumnya.

China merekodkan 9.54 juta kelahiran bayi pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 520,000 berbanding tahun 2023. Ini merupakan peningkatan pertama indeks tersebut sejak 2017.

Bagaimanapun, ahli demografi di Institut Penyelidikan Populasi YuWa China, He Yafu, berkata kenaikan itu hanya disebabkan oleh kecenderungan ramai keluarga untuk mendapatkan anak yang lahir dalam Tahun Naga.

Kurangnya minat golongan muda terhadap perkahwinan turut mendorong beberapa kerajaan tempatan menawarkan insentif kepada mereka yang berkahwin.

Sebuah bandar di wilayah Shanxi, tengah China, menawarkan ganjaran sebanyak 1,500 yuan (AS$200) kepada wanita di bawah umur 35 tahun dan lelaki yang berkahwin buat kali pertama.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan