Unimap cipta sejarah uji bahan geopolimer di United Kingdom

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan pengujian bahan salutan geopolimer di Rutherford Appleton Laboratory, United Kingdom, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Unimap, Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, ini adalah kali pertama bahan geopolimer diuji di fasiliti antarabangsa yang sebelum ini hanya menumpukan kepada bahan logam dan aloi.

“Pengujian ini menggunakan Engin-X dari peralatan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS). Engin-X merupakan garis pancaran khas yang menggunakan pembelauan neutron bagi mengkaji sifat kejuruteraan bahan hasil ciptaan saintis, Dr. Tung Lik Lee.

“Kejayaan ini adalah pencapaian penting dalam memperkukuh pemahaman terhadap bahan geopolimer bagi aplikasi industri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penyelidikan ini turut melibatkan Prof Madya Dr Rafiza Abdul Razak dari Unimap dan menjadi sumbangan penting kepada penyelidikan serta inovasi Malaysia di peringkat global.

“Kami bersyukur kerana berjaya melaksanakan ujian ini yang memberikan pemahaman lebih mendalam sebelum diaplikasikan dalam industri.

“Program ini adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Science and Technology Facilities Council (STFC), United Kingdom, di bawah program International Science Partnerships Fund (ISPF),” ujarnya.

Katanya lagi, pihaknya berharap kejayaan ini akan membuka lebih banyak peluang kepada penyelidik tempatan untuk meneroka teknologi bertaraf antarabangsa.

Related Posts

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan