17 sekolah baharu mula operasi tahun ini

PUTRAJAYA – Sejumlah 17 sekolah baharu dijangka beroperasi di tujuh negeri tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah di Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah meluluskan pembinaan 44 sekolah baharu berbanding 26 sekolah pada 2024.

“Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding sembilan sekolah (dibina) masing-masing pada 2023 dan 2022 serta 11 (2021).

“Ia menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Madani dalam memastikan kemudahan pendidikan mencukupi,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM sedang merangka pelan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bakal tamat pada tahun ini.

Beliau berkata pelan meliputi tempoh 2026-2035 itu bertujuan memperkukuh sistem pendidikan negara agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan masa depan.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat