KKDW sedia peruntukan RM1.11 bilion projek pembangunan libat 317 projek di Sabah

TAWAU – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah ‘Rolling Plan’ Kelima (RP5) RMKe-12 memperuntukkan sebanyak RM1.11 bilion atau 14.8 peratus bagi Sabah melibatkan sebanyak 317 projek daripada RM7.49 bilion daripada peruntukan pembangunan kementerian itu. 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejumlah RM18.78 juta juga diperuntukkan bagi tujuan pembangunan di daerah Tawau untuk pelaksanaan pelbagai projek melibatkan kemudahan awam, infrastruktur perhubungan dan utiliti desa.

“Projek utama yang akan dilaksanakan di Tawau adalah pembinaan Jalan Luar Bandar (JALB) dan Jambatan Luar Bandar (JMLB) bernilai RM5.67 juta.

“Selain itu, projek penyediaan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang masing-masing bernilai RM5.39 juta dan RM6.74 juta,” katanya semasa berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa@Tawau, di Kompleks Sukan Tawau, pada Ahad. 

Menurut Zahid, projek pembangunan yang turut diberikan fokus KKDW adalah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) yang memfokuskan pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada.

Empat Prospek kini sedang dilaksanakan di Sabah bagi tahun 2025 dengan kos keseluruhan berjumlah RM33 juta yang merupakan projek sambungan iaitu Prospek Tongod, Prospek Kota Marudu dan Prospek Nabawan serta Prospek baharu iaitu Prospek Tuaran. 

Sebanyak RM166 juta turut diperuntukkan bagi pembangunan penempatan baharu dan penyusunan semula kampung sedia ada yang akan memberi manfaat kepada 3,500 penerima di sekitar Sabah.

Dalam usaha memperkasa modal insan, KKDW memperkenal beberapa program pendidikan awal kanak-kanak antaranya Smart Classroom@KEMAS, PeliTa@KEMAS, dan Tabika Tunas Istimewa@KEMAS untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Autisme).

Tambah Zahid, RM6 juta turut diperuntukkan untuk pembangunan dan pemerkasaan usahawan desa melalui Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).

“Melalui SPKLB ini, usahawan berpeluang mendapatkan kemudahan sokongan bagi memperkukuh, mengembangkan perniagaan dan membangunkan produk serta perkhidmatan bagi tujuan pemasaran yang lebih luas. 

“KKDW juga sentiasa melipatgandakan usaha untuk membantu usahawan desa meningkatkan kualiti produk dan prestasi agar usahawan desa dalam kategori PICO dengan jualan tahunan sehingga RM60,000 yang hampir keseluruhannya meniaga bagi tujuan sara diri boleh beralih kepada kategori MIKRO dengan jualan tahunan yang boleh mencapai sehingga RM300,000 setahun,” ujarnya.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat