Mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Gorongon, Petagas

PUTATAN – Mayat seorang lelaki ditemukan terdampar di Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat awam berkenaan kes pada pukul 8.20 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awam, penemuan tersebut adalah mayat seorang lelaki berumur lingkungan 30 tahun terdampar di kawasan terbabit.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur kejadian jenayah dikesan.

“Walau bagaimanapun, kes masih lagi disiasat oleh pihak polis dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut atau ‘Sudden Death Report’ (SDR).

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth bagi tujuan bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Sammy menegaskan pihak polis kini sedang giat mengesan waris mangsa dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mangsa.

“Pihak yang tersebut diminta untuk tampil memberikan maklumat di balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Ketua Polis Balai Putatan, Inspektor Afizul Ag Amin di Talian 016-8352006,” katanya.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus