Pembahagian kerusi secara adil jadi bukti kerjasama Kerajaan Perpaduan di Johor – Amanah

JOHOR BAHRU – Amanah Johor menyifatkan pembahagian kerusi secara harmoni antara BN dan PH di Johor kelak mampu menjadi bukti jalinan kerjasama yang baik dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Pengerusinya, Dr Zuhan Mohd Zain berkata, keharmonian hubungan antara dua pihak itu boleh dibuktikan melalui penyelesaian berkenaan pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, isu pembahagian kerusi menjadi perhatian awal pihaknya dalam mengadakan rundingan dengan gabungan parti kerajaan ketika ini.

Selain itu katanya, pihaknya juga sudah merangka  beberapa perancangan bagi memperkuatkan gerak kerja memfokuskan agenda lain di negeri ini.

“Agenda yang akan dibawa adalah memperkasakan serta menyampaikan hasrat Kerajaan Perpaduan yang masih kurang mendapat sambutan yang memberangsangkan di negeri ini.

“Parti Amanah Johor juga berpendirian bahawa kelemahan tiada wujudnya Kerajaan Perpaduan di negeri ini bukanlah suatu yang menghalang daripada membawa agenda Kerajaan Madani disampaikan kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros dilaporkan menyarankan BN berganding bahu dengan PH dalam pilihan raya akan datang kerana yakin boleh menang lebih banyak kerusi.

Pada 10 Februari lalu, Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda bersetuju dengan saranan itu namun berpendapat wajar dimulakan dengan memberi ruang kepada PH Johor untuk berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Fadhli Umar berkata, langkah berkenaan dilihat dapat mengukuhkan agenda kerjasama antara dua gabungan parti politik berkenaan.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff