Kerajaan peruntuk RM16 juta biayai lawatan PMX ke 31 negara hingga Februari

PUTRAJAYA – Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini yang telah melibatkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM16 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, lawatan rasmi terbabit bertujuan bagi menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual yang membabitkan Malaysia sebagai negara anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.

Menurutnya, ia termasuklah sebagai anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8).

“Kehadiran YAB Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menunjukkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan kedudukan negara di peringkat global.

“Selain itu, lawatan ke luar negara juga adalah sebahagian misi galakan perdagangan dan pelaburan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) untuk meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) kepada Perdana Menteri mengenai butiran lawatan ke negara asing dan kos perbelanjaan.

Mengulas mengenai kos perbelanjaan, Zaleha yang juga Ahli Parlimen Sekijang memaklumkan, bagi pegawai kerajaan yang menyertai lawatan berkenaan akan ditanggung secara berasingan oleh kementerian masing-masing.

Jelasnya, perbelanjaan bagi pegawai keselamatan pula adalah di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kesemua perbelanjaan untuk lawatan rasmi atau kerja Perdana Menteri adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tanpa sebarang pembiayaan dari dana syarikat swasta.

“Bagi lawatan yang membabitkan penyewaan penerbangan komersial, ini adalah langkah penjimatan oleh kerajaan, dengan mengambil kira jumlah delegasi yang besar sepanjang siri lawatan yang melibatkan beberapa buah negara secara menerus.

“Perbelanjaan lawatan ke luar negara YAB Perdana Menteri sentiasa mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa, di samping mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah,” katanya.

Tambahnya, setiap lawatan oleh Anwar sudah dirancang dengan teliti untuk mencapai nilai tambah yang maksimum.

“Ini dengan mengguna pakai kadar perbelanjaan yang optimum selaras dengan prinsip langkah penjimatan kerajaan,” katanya.

  • Related Posts

    Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

    PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

    KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

    Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

    Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

    Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

    UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

    UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

    Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

    Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

    RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

    RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

    Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

    Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA