Operasi Carilamat remaja hilang di perairan Tanjung Semawang ditamatkan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Sandakan menghentikan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang remaja lelaki yang hilang di perairan Tanjung Semawang sejak Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, operasi yang memasuki hari keempat itu tidak menemukan sebarang petunjuk baharu.

Katanya, operasi tersebut melibatkan empat buah vesel dan satu unit dron dari pelbagai agensi sahabat selain dibantu beberapa bot penduduk kampung.

“Sepanjang operasi, kawasan pencarian telah diperluas sehingga 72 batu nautika persegi.

“Namun, keadaan perairan yang luas serta beberapa kawasan cetek menyukarkan misi pencarian.

“Operasi rasmi Carilamat ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam tetapi pemantauan masih diteruskan menerusi rondaan aset Maritim Malaysia dan agensi sahabat yang bertugas di kawasan perairan berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Terdahulu, Muhammad Nor Aiman Arif, 14 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang bersama beberapa rakannya sekitar pukul 5.30 pagi pada Sabtu lalu.

Jelasnya, kehilangannya disedari apabila dia tidak pulang ke rumah seperti biasa menyebabkan keluarga dan penduduk kampung segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu yang mewakili Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi sahabat dan komuniti maritim yang memberikan kerjasama sepanjang operasi ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk berkenaan kehilangan remaja tersebut diminta menghubungi Bilik Operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia juga menasihatkan komuniti maritim supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan dan memaklumkan lokasi perjalanan kepada ahli keluarga sangat penting untuk mengelakkan insiden seumpama ini berulang,” ujarnya.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar