Dua penagih termasuk penganggur dicekup polis Tawau

TAWAU – Dua penagih dadah termasuk seorang penganggur dicekup menerusi dua tangkapan berasingan di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 dan sekitar kawasan Pantai Batu 3 Jalan Apas, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tangkapan pertama dibuat pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira pukul 2.00 petang di Kg Kurnia Jaya.

“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki warga asing itu, turut ditemui satu peket plastik lut sinar berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.15 gram yang disimpan dalam poket seluar.

“Tangkapan kedua dilakukan ke atas lelaki warga tempatan yang juga penganggur berumur 24 tahun Kira-kira pukul 2.30 petang.

“Lelaki itu ditahan selepas dikesan mencurigakan ketika polis dari Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan tanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Rabu.

Menurut Jasmin, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine (met) dan amphetamine (amp).

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara suspek warga asing juga turut disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta yang sama.

Tegas Jasmin, operasi lebih agresif dengan kerjasama pelbagai pihak akan diteruskan sebagai usaha memastikan keamanan dan kesejahteraan daerah ini terjamin.

“Kerjasama orang awam juga amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau penyalahgunaan dadah kepada polis,” ujarnya.

Related Posts

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

BATU PAHAT – Kira-kira 200 nelayan persisir pantai Orang Asli (OA) Kampung Sri Pantai terus berdepan isu pencerobohan bot pukat tunda di zon yang digazetkan kepada kumpulan itu sehingga menjejaskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

KUCHING – Kelab Anak Asal Bukit Saban (KAABS) Cultural Night 2026 menjadi platform penting dalam menyatukan belia Bukit Saban yang menetap di Kuching, selain memperkukuh silaturahim, memupuk semangat kekitaan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Aduan tidak jalan, 200 nelayan OA terjejas akibat kerakusan bot pukat tunda ‘ratah’ hasil laut pesisir pantai

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’