Dua remaja mangsa lemas di Sungai Perak sudah ditemukan

PARIT – Penantian keluarga dua remaja yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak, dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja, di sini, petang Isnin terjawab apabila keduanya telah ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa pada petang Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, mengesahkan berhubung penemuan dua mayat remaja tersebut, malam tadi.

Ujarnya, sekitar jam 4.40 petang, jasad pertama iaitu Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham, 16, ditemui manakala jasad kedua, Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, 16, ditemukan jam 7 malam tidak jauh dari lokasi mangsa pertama.

Menurutnya lagi, anjing Unit Pengesan (K9) JBPM telah mengenal pasti titik lokasi mangsa sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman.

“Mangsa pertama ditemukan sekitar jam 4.40 petang.

“Manakala jasad mangsa kedua ditemukan tidak jauh dari lokasi mangsa pertama iaitu sekitar jam 7 malam.

“Sehingga jam 6.30 petang, mangsa ketika itu gagal dikesan. Usaha diteruskan dengan membuat olakan air menggunakan bot menyebabkan mangsa timbul dan berjaya ditemui,” jelas Sayani.

Beliau berkata, dengan penemuan tersebut, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 7.30 malam.

Terdahulu, penemuan mayat Muhammad Nazrin berhampiran lokasi dia dikatakan jatuh ke sungai sebelum itu, disahkan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Seri Iskandar, di sini bagi proses bedah siasat.

Pada Isnin lalu, media melaporkan mengenai dua pelajar dikhuatiri lemas apabila mahu mengambil bola yang jatuh ke dalam sungai.

Kedua-dua mangsa merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muhammad Shah, sebelum kejadian dikatakan bersama dengan tiga lagi rakan bermain bola di kawasan beting pasir sungai berkenaan sekitar jam 4 petang.

Muhammad Naufal kemudian dilaporkan terjun ke sungai untuk mengambil bola yang jatuh sebelum dia dilihat terkapai-kapai di air.

Beberapa rakannya termasuk Muhammad Nazrin cuba membantu dengan menghulurkan batang buluh, sebelum dia turut terjatuh ke dalam sungai.

Related Posts

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan