AMK Perak sokong penuh Kamil Munim Ketua AMK Malaysia

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak menyatakan sokongan penuh kepada Timbalan Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua AMK Malaysia pada pemilihan PKR tahun 2025 ini.

Menerusi kenyataan Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, kepimpinan muda yang progresif dan berwawasan amat diperlukan dalam memastikan kesinambungan perjuangan reformasi di negara ini.

Justeru itu, ujarnya, pihaknya yakin dan percaya bahawa Muhammad Kamil adalah individu yang paling layak untuk menerajui AMK Malaysia.

“Beliau (Muhammad Kamil) perlu diangkat sebagai pemimpin utama dalam memperkasakan suara anak muda serta memperjuangkan agenda reformasi dalam negara.

“Kami menyeru seluruh anak muda untuk bersatu dan memberikan sokongan kepada beliau bagi meneruskan agenda perjuangan parti,” katanya dalam kenyataan tersebut pada Isnin.

Di samping itu, tambah Zaim Sidqi, anak muda yang berasal dari Padang Rengas, Kuala Kangsar merupakan seorang pemimpin muda berkaliber serta memiliki idealisme tinggi dan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan parti.

Bahkan beliau telah membuktikan keupayaannya dalam kepimpinan melalui pelbagai pengalaman politik dan profesionalnya.

“Muhammad Kamil berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Dia juga merupakan seorang peguam serta menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan sejak Januari 2023.

“Malah, di dalam politik, beliau kini merupakan Timbalan Ketua AMK Malaysia serta merupakan bekas calon kerusi Parlimen Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 mewakili Pakatan Harapan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Zaim Sidqi berkata, dengan rekod kepimpinan cemerlang dan semangat perjuangan tinggi, AMK Perak yakin bahawa beliau mampu membawa hala tuju AMK Malaysia ke arah yang lebih baik.

Related Posts

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

ISYARAT yang disampaikan anak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini kini kembali menjadi perhatian selepas bekas Perdana Menteri itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Dulu beri ‘signal’ di Johor, kini tabung RM50 juta untuk Najib dibuka

Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
Imigresen Sabah pindah 5,233 PATI sejak Januari

Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Kenderaan berat dilarang guna Jalan Dam sepanjang Ijtimak

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha